Viral

90 Tekapan Seterika, Rusuk P4tah, Rajah Laporan Bedah Siasat Zulfarhan Runtun Hati Rakyat Malaysia

PEMERGIAN tragls Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang mengg3mparkan negara empat tahun lalu buatkan ramai tersentuh dan menitiskan air mata.

Dalam kes dikaitkan dengan pembvlian itu, tubuh Zulfarhan didapati c3dera terbakar, ters3ksa ke akhir nyawa sehingga menghembuskan nafas terakhir pada 1 Jun 2017.

Kematian anak sulung kepada pasangan Zulkarnain Idros dan Hawa Osman itu akhirnya terbela apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah membacakan keputusan itu pada Selasa lalu berkata, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Kes3ksaan kerana membvnuh dan bersubahat membvnuh.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan oleh lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada anggota badan Zulfarhan telah menyebabkan kem4tian mangsa, namun ia tidak terjumlah kepada niat membvnuh dengan sengaja.

Kata Azman dalam penghakimannya, selepas mengambil kira keterangan Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang, Dr Salmah Arshad dan Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Rohayu Shahar Adnan, mahkamah membuat dapatan bahawa kem4tian mangsa bukan suatu kematian yang mengejut selepas diced3rakan.

Beliau berkata, mahkamah membuat penemuan fakta bahawa berdasarkan penelitian dalam kes pembelaan, tertuduh pertama hingga kelima yang menyebabkan 90 tekapan seterika wap ke atas Zulfarhan.

Menurutnya, di peringkat pendakwaan, Dr Salmah berkata, bedah siasat mendapati terdapat 90 kesan luka lecvr di hampir keseluruhan badan termasuk kedua-dua belah punggvng dan z4kar Zulfarhan.

Sejak awal kes menjadi tular, masyarakat menyifatkan kejadian berkenaan terlalu k3jam dan tidak boleh diterima akal yang waras.

Berikutan itu, rajah laporan bedah siasat Zulfarhan yang tular di laman sosial menimbulkan lagi amarah ramai yang rata-rata sedih dan pilu mengingatkan kejadian yang terjadi.

Ujar mereka;

“Mereka bukan budak-budak lagi tak tahu kesan seterika tu. Kalau dah gitu banyak tekap memang meninggallah. Tak boleh bayang tersiksanya arwah masa tu. Lepas di dunia, akhirat masih ada.”

“Tak kan tak tahu kesan kena iron dekat badan macam mana? Iron kena jari sikit pun dah pedih apetah lagi tekap dekat badan.”

“Astaghfirullahalazim… macam manala mak ayah arwah punya perasaan besarkan anak tapi kena d3ra sampai macam ni. Mana la sifat perikemanusiaan yang buat macam ni dekat arwah.”

“Apa yang merasuk pembvli 6 orang tu pun tak taulah. Manusia waras takkan tergamak buat macam tu jikapun betul dia cvri laptop.”

“Biar menjadi pengajaran kepada mereka yang brutal ini. 18 tahun untuk mereka memikirkan perbuatan mereka. Semoga setiap hari berlalu dengan amat perlahan bagi mereka di dalam p3njara.”

Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada kes ini. Katakan tidak kepada buli! Salam takziah buat keluarga Allahyarham Zulfarhan, Al-Fatihah.

sumber:sinarplus

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *