Viral

Ketika Najib Razak Sedang Seronok Pergi Bercuti Di Melaka, Rakyat Mula Tanyakan Soalan Ini Kepada Dia

“Minta tolong datuk seri (Najib), kami nak duit lam sum KWSP RM10,000,” jelas salah seorang pengikut Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Pekan itu turut menaikkan status berkata, ada rakyat yang berasa kecewa dan ada yang berterima kasih. Ada yang marah juga kerana penyampaian (Bajet 2022) kurang jelas.

“Tengah hari atau petang Isnin ini free? Saya akan berucap di Parlimen. Tak apa. Luahkan kat sini juga.

“Saya baca. Saya kumpul. Saya suarakan di Parlimen. Di mana baik, kita sokong. Di mana kurang, kita betulkan. Di mana zalim, kita lawan,” jelas Najib.

Menjengah di ruangan komen, ternyata ramai yang meminta untuk Najib mengenengahkan isu pengeluaran duit sebanyak RM10,000 melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kami mahu KWSP benarkan pengeluaran i-Bunga RM10,000 ‘lump sum’ tanpa syarat,” jelas Hussaini Amran.

“Datuk Seri Najib Razak tolong la kami suarakan pengeluaran KWSP dan cadangan DSN mengenai skim i-survive saya mengharap sangat semalam ada disebut mengenai cadangan ni.Tapi tak dilaksanakan kerajaan Keluarga Malaysia.

“Bersuara la Datuk Seri untuk kami hanya Datuk Seri sahaja yang faham dan sentiasa peka terhadap rakyat, hutang kami masih banyak tertunggak Datuk Seri,” jelas Mohd Nizam.

“Terbaik DSN banyak yang tak betul. M40 dipinggirkan, penjawat awam dapat one-off, swasta macam mana pulak? Sekurang-kurangnya lulus la i-Citra one-off. Kita tunggu DSN suarakan di Parlimen,” kata Muralitharan Ramachandran.

Sumber : Kosmo Online!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.