Viral

Wagyu Tomahawk Bersalut Emas Berharga RM6888 Jumlah Kena Bayar RM13000

SETIAP kali muncul restoran baru atau viral, mesti anda selidik dahulu menu dan harga di restoran tersebut, bukan?

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Tzeyung Toh dalam group Borneo Food Hunter telah berkongsi beberapa keping gambar Wagyu Tomahawk bersalut emas di sebuah restoran di Kuching, Sarawak. Apa yang menarik perhatian adalah resit yang memaparkan jumlah perlu dibayarnya sebanyak RM13,057.

Menerusi resit tersebut, Wagyu Tomahawk bersalut emas itu berharga RM6,888. Malah, pengguna Facebook tersebut juga memuji makanan yang dinikmatinya itu dan sempat promosikan restoran tersebut jika ada yang mahu mencubanya.

Perkongsian tersebut tular di media sosial dan menjadi bualan netizen. Rata-rata netizen berasa terkejut dengan harga yang cukup mahal untuk makanan yang dinikmati oleh pelanggan tersebut.

Malah, ada juga netizen berseloroh mengatakan bahawa dengan nilai tersebut boleh beli dua ekor lembu atau menanggung perbelanjaan beberapa bulan. Tidak hanya itu, para netizen turut mengatakan hanya golongan ‘kayangan’ mampu untuk makan di sana.

Reaksi beberapa warga maya

Sumber:akupapankekunci.pw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *