Viral

Gadis OKU Kecewa Dengan Layanan Pekerja KFC. Ini Respond Balas KFC Terhadap Video Tersebut

#Gambar KFC Bukan Lokasi Sebenar. Hanya Sekadar Hiasan

Satu video yang memaparkan seorang wanita yang kelainan upaya membuat aduan terhadap KFC telah menjadi tular di media sosial.

Video yang dimuat naik pengguna TikTok bernama aira_meor itu memaparkan luahan hatinya atas pengalaman tidak dapat membeli makanan di restoran KFC secara pandu lalu.

Susulan daripada tularnya video tersebut, pihak KFC telah memberikan respon balas.

Pihak KFC menerusi ruangan komen video itu mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah berkongsikan berkenaan insiden itu.

Pihak KFC juga turut memohon maaf atas kejadian yang berlaku dan berjanji akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tambahnya lagi, mereka akan berusaha memperbaiki servis mereka dan akan lebih peka untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik pada masa akan datang.

Mereka juga sempat untuk memohon maaf bagi pihak kru restoran yang berkaitan dengan insiden berkenaan.

Mengimbas kembali luahan yang dibuat wanita berkenaan, dia berkongsi pengalamanya yang mahu membuat pembelian KFC secara pandu lalu.

Semasa dia sampai sahaja ke skrin, dia telah disapa oleh pekerja restoran tersebut bertanyakan pesanan yang mahu dibuat. Bagaimanapun, dia tidak dapat menjawab pertanyaan pekerja itu.

Namun katanya, berdasarkan pengalaman lalu, pekerja yang dikenalinya pernah memberitahu bahawa dia boleh terus membuat pesanan di pass screen.

Apa yang perlu dibuat hanyalah menulis atau menunjuk sahaja mana menu yang dia mahukan kepada pekerja tersebut.

Dia bagaimanapun menghadapi masalah kali ini ketika ingin membuat pembelian secara pandu lalu di cawangan KFC.

Katanya, dia mendakwa diminta untuk masuk ke kaunter untuk membuat pesanan kerana staff tidak dapat menerima pesanan yang ingin dibuatnya melalui pass screen.

Ekoran itu, dia merasa kecewa kerana sudahpun menyediakan gambar menu yang hendak dipesan di dalam telefonnya kerana menyangka boleh membuat pesanan menggunakan cara yang sama seperti sebelum ini.

Disebabkan itu, dia telah membuat video tersebut untuk menyatakan kekecewaannya berkenaan insiden berkenaan.

Dia pun terus meninggalkan restoran berkenaan tanpa memesan sebarang makanan.

Di akhir video berkenaan, dia juga meminta agar pihak KFC dapat menaik taraf skrin pesanan mereka supaya dapat mesra OKU.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 500 ribu kali.

VIDEO:

Sumber : Siakap Keli

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.