Viral

Gadis Ini Cerita Rakan “Didatangi” Pemilik Asal Selepas Beli Baju Bundle

TREND pemakaian pakaian bundle bukanlah perkara yang asing dalam kalangan masyarakat kita malah terdapat banyak kedai-kedai menjual pakaian terpakai yang kebiasannya diimport dari luar negara ini.

Namun jika sebelum ini kita sering dihidangkan dengan kisah-kisah menarik mengenai peminat-peminat bundle, kali ini lain pula buat wanita ini yang mempunyai pengalaman berbeza daripada apa yang selalu kita dengar sebelum ini.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat di Twitter, @Billiesya berkongsi kisah seram bagaiamana rakannya melalui pengalaman seram selepas membeli sehelai baju dari salah sebuah kedai pakaian terpakai di Pahang.

Episod rakannya diganggu ketika tidur itu menurutnya berlanjutan sehingga seminggu sebelum mereka akhirnya memutuskan untuk berjumpa dengan seorang ustaz bagi mendapatkan nasihat mengenai perkara itu.

Selepas bertemu dengan ustaz tersebut, mereka kemudiannya ditanya sama ada pernah membeli barang-barang dari rakannya atau dari ‘kedai-kedai yang pelik’ sekaligus mengingatkan kembali mereka pernah membeli pakaian bundle sebelum ini.

Selepas mendapatkan nasihat ustaz tersebut, dia dan rakannya kemudian memutuskan untuk kembali ke kedai bundle tersebut bagi bertanyakan kembali kisah di sebalik baju yang dibeli rakannya sebelum ini.

Walaupun pemilik kedai tersebut enggan membuka mulut pada awalnya, namun mereka bernasib baik kerana ustaz yang turut datang bersama mereka mengetahui sekiranya seseorang itu berbohong atau tidak.

Selepas mengetahui kisah sebenar di sebalik baju bundle yang dibeli, rakannya itu menurutnya terus memulangkan baju tersebut.

Bagaimanapun, rakannya itu terpaksa dirawat sehingga seminggu selepas kejadian itu kerana mengalami kesukaran untuk tidur kerana masih teringat-ingat akan kejadian tersebut.

Perkongsian yang dibuat gadis tersebut sehingga kini sudah mencatatkan hampir 9,000 retweet dan lebih 16,000 likes di Twitter. Baca perkongsian penuh dari @Billiesya di sini.

sumber:akupapankekunci

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.