Viral

“Kenapa tak buat filem tamil melawan p0lis, kerajaan” Ini jawapan Mamat Khalid buat ramai respek

Motivator dan pendakwah terkenal Amin Idirs tampil mengenang kembali saat mula mengenali Mamat Khalid. Arwah pernah menceritakan dimana salah satu filem beliau adalah hasil inspirasi dari arwah Tok Guru

“9 tahun yang lalu kami pernah sepentas di Kelantan. Sejak situ, kami saling mengenali. Seorang Pengarah yang sentiasa berani dan bijak menyelitkan elemen KRITIKAN SOSIAL di dalam filem-filem beliau. Seorang Pengarah yang mempunyai ideologi perjuangan dan diterjemah dalam filem serta drama beliau
Innalillah buat Allahyarham Abg Mamat Khalid”-Amin Idris

Dalam bual bicara tersebut, arwah juga di tanya kenapa tidak buat filem tamil melawan p0lis atau kerajaan

Menurut Mamat Khalid, filem beliau ada di selitkan kritikan sosial dan filem seperti Lebuhraya Ke Ner4ka antara filem yang di inspirasikan dari arwa Tok Guru Nik Aziz ketika belia bertandang ke negeri Kelantan

Rata-rata netizan dan peminat filem tempatan ternyata terkesan dengan pemerguan arwah

“إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Innalillahi wa inna illahi rajiun
‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَ وَارْحَمْهَ وَعَافِهَ وَاعْفُ عنه
“Allahummagh firlahu warhamhu wa afihu wa’fu anhu”
“Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia dan maafkanlah dia.

Salam takziah buat keluarga

Anak didik kenang jasa Mamat

Pemergian Allahyarham Mamat Khalid cukup memberi kesan kepada Pekin Ibrahim yang mendapat bimbingan pengarah terkenal itu hampir separuh daripada perjalanan karier sebagai pelakon.

Pekin atau nama sebenar, Mohd Iznan Ibrahim, berkata dia kerap membintangi karya arahan Mamat yang dianggap sutradara prolifik.

“Separuh masa saya dalam industri seni bersama arwah… Daripada (diberi) watak kecil hingga peranan utama.

“Arwah macam bapa saya. Arwahlah yang mengangkat saya menjadi pelakon ‘berisi’ daripada tiada apa-apa. Hingga saya terjun ke kancah filem hasil bimbingannya.

“Banyak ilmu pelbagai cabang saya serap dan belajar daripada arwah. Terlalu banyak momen kami berdua yang menjadikan saya Pekin Ibrahim seperti sekarang.

“Arwah jugalah yang marah saya kalau berlakon drama. Ingat lagi ayat arwah, kalau hendak main filem, jangan buat drama… Fokus di layar perak,” katanya kepada BH Online.

Bersama arwah, Pekin membintangi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Rock Oo!, Apokalips X, Rumah Pusaka Di Simpang Jalan.

Pekin berkata, banyak perancangan arwah membabitkan dirinya tidak dapat dilunaskan sejak penularan pandemik COVID-19.

Pekin terhutang budi atas segala nasihat, peluang dan kepercayaan diberi Allahyarham Mamat sejak mula bertapak dalam bidang seni. Foto Ihsan Pekin“Arwah hendak buat filem epik. Namun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disusuli Pelan Pemulihan Negara (PPN), hasrat itu tertunda.

“Allah lebih sayangkannya,” katanya.

Sementara itu, Que Haidar teringat rakaman iklan mempromosikan Putrajaya pada 2002 yang menjadi projek pertama sentuhan arwah yang dilakonkannya.

“Saya jayakan iklan itu bersama pelakon hebat lain termasuk Bront Palarae. Selepas itu arwah ‘hadiahkan’ saya karakter ikonik menerusi deretan filemnya seperti watak Amy Mat Piah dan Deris.

“Arwah yakin dan percaya bakat saya,” katanya.

Sharifah Aleya juga tidak melupakan jasa Allayarham Mamat membentuk karakter Chah dalam filem Man Laksa yang dihasilkan pada 2006.

“Arwah yang bertanggungjawab memberikan salah satu watak yang diingati saya sampai sekarang.

“Arwah mewujudkan Chah, menghidupkan watak itu dan membuka laluan masa depan untuknya. Terima kasih abang Mamat kerana mengizinkan saya menghidupkan Chah,” katanya.

Pelakon Avaa Vanja yang membintangi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan arwah, menganggap Mamat sebagai sifu.

“Arwah seperti abang dan guru saya. Dialah yang selalu memberi kata semangat usah lekas mengalah dalam hidup.

“Mana mungkin saya melupakan nasihat seperti bait kata-katanya berbunyi ‘awak nak tenggelam atau bersinar’. Ia membuatkan saya tersentak.

“Arwah juga membantu menguruskan pengebumian bapa saya beberapa tahun lalu. Arwah tahu adik-beradik saya lebih ramai perempuan berbanding lelaki, jadi membantu saya,” katanya.

Mamat atau nama sebenar, Mohamad Mohamad Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak, pada jam 12.30 tengah malam tadi.

Sumber:trandingkini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.