Viral

“Kami Membesar Bersama” – Menteri,Faizal Azumu turut menzahirkan rasa sedih.Rupa Rupa Nya Ini Hubungan Beliau Dengan Arwah Mamat Khalid

Awal pagi tadi, kita digemparkan dengan berita pemergian Pengarah terkenal, Mamat Khalid akibat serangan jantung di Hospital Slim River, Perak.

Allahyarham dikatakan pengsan ketika berada di restorannya iaitu Sarang Art Hub di Tanjung Malim sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

Faizal Azumu zahir rasa sedih akan pemergian Mamat Khalid

Sudah semestinya, pemergian Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid disifatkan sebagai kehilangan yang besar dalam industri seni.

Namun, ia juga tidak terlepas dari menjadi perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang turut menzahirkan rasa sedih.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Senamrobik Perdana sempena Peja Trophy 2021, hari ini di Padang Lintau, Minjoi.

Menurutnya, pemergian arwah bukan sahaja kehilangan besar dalam industri perfileman, malah ia juga memberi kesan kepada dirinya oleh kerana pernah membesar bersama-sama arwah.

Saya ingin menyatakan rasa sangat sedih dan dukacita pagi ini apabila mendapat berita tentang kematian Allahyarham saudara Mamat Khalid yang sudah saya anggap seperti abang kandung saya sendiri.

Tambahnya lagi, beliau juga mengakui sangat rapat dengan arwah serta ahli keluarganya.

Saya membesar di Kampung Sungai Rokam bersama dengan Allahyarham dan sangat rapat dengan keluarga arwah termasuk isterinya.

Selain itu, beliau juga turut menyeru orang ramai agar bersama-sama mendoakan pemergian arwah serta segala urusannya dipermudahkan.

Marilah sama-sama kita mendoakan agar arwah diampunkan segala dosa dan dihimpunkan bersama orang beriman serta beramal soleh.

Difahamkan, jenazah arwah akan disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1 di Sungao Rokam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kampung Paloh, Ipoh, selepas Solat Zohor.

Allahyarham yang merupakan adik kepada kartunis, Datuk Lat juga turut meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan dan lima anak.

Kredit: Harian Metro

Mamat Khalid ‘hero’ perpaduan: Halimah Sadique


PENGARAH filem tersohor, Allahyarham Mamat Khalid adalah seorang wira yang turut memperjuangkan agenda perpaduan.

Dalam satu kenyataan media, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique menganggap pengarah tersebut sebagai insan seni yang hebat apabila turut membantu memberikan sumbangan tidak ternilai kepada negara melalui karya seninya.

Katanya, melalui karya filem yang menjadi tontonan pelbagai kaum dan peringkat usia, pengarah filem tersohor itu telah meninggalkan legasi indah dengan menghantar pelbagai mesej perpaduan kaum di dalam karya-karya besarnya.

“Beliau adalah seorang pengkarya, ahli seni yang patut dicontohi semua.

“Karya seni adalah medium yang dapat dijadikan sebagai platform penyatuan bangsa dan kaum di negara ini.

“Sebagaimana Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang meninggalkan legasi seni sehingga berdekad-dekad lamanya kepada seluruh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, saya melihat Mamat Khalid juga begitu.

“Ada nilai kemasyarakatan, nilai perpaduan kaum, nilai kebersamaan melalui karya-karya Mamat,” kata Halimah.

Halimah turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pengarah filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah itu atas kembalinya beliau ke rahmatullah.

Mamat khalid, 58, meninggal dunia lewat malam tadi, di Hospital Slim River, Perak ekoran serangan jantung.

Mamat yang juga adik kepada kartunis tersohor negara, Datuk Lat meninggalkan seorang balu, Hasmah Hassan dan lima anak. Awani

Jenazah Allahyarham Mamat Khalid selamat dikebumikan

 

IPOH: Jenazah Allahyarham Mamat Khalid, 58, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Masjid Paloh, di sini kira-kira pukul 2.26 petang.

Allahyarham Mamat atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad.

Terdahulu, jenazah pengarah tersohor itu disolatkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Sungai Rokam dekat sini.

Hadir pada majlis pengebumian tersebut ialah ahli keluarga dan waris terdekat.

Selain itu, beberapa rakan selebriti termasuk Datuk Awie; Pekin Ibrahim; Zul Ariffin; Khir Rahman; dan ramai lagi turut hadir memberikan penghormatan terakhir.

Pemergian allahyarham meninggalkan isteri, Hasmah Hassan bersama lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.

Minatnya terhadap muzik rock mengilhamkan beliau untuk menulis dan mengarah filem Rock pada tahun 2005 seterusnya menghasilkan francais filem Kampong Pisang yang menambat hati peminat filem tanah air.

Sumber: Astroawani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.