Viral

Hujan Ribut Ais Melanda Australia Sambut Ketibaan Sajat

Ribut yang melanda pantai timur Australia hari ini telah menyebabkan kerosakan pada bangunan dan ‘menghentam’ bandar-bandar dengan ais batu bersaiz sebesar sebiji buah limau gedang, lapor laman berita The Guardian.

Hujan batu yang melanda bandar Queensland dengan ais berdiameter 16 sentimeter (sm) itu adalah yang terbesar pernah direkodkan di Australia.Ia berlaku selepas hujan lebat melanda wilayah Mackay tengahari semalam (waktu tempatan).Hari ini, sebuah pusat beli belah di Coffs Harbour, New South Wales terpaksa dikosongkan selepas hujan lebat menyebabkan siling bangunan itu runtuh.

Kira-kira 400 orang sedang berteduh dalam pusat beli belah Toormina ketika air mula mengalir daripada siling.Seorang jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Negeri hari ini berkata pihaknya telah menjawab lebih daripada 280 panggilan yang meminta bantuan.

“Kami menjangkakan jumlah itu akan terus meningkat dalam beberapa jam lagi, terutama selepas orang ramai pulang daripada kerja.

“Memandangkan kita berada dalam musim ribut, adalah penting supaya orang ramai bersiap sedia. Kami melihat ribut melanda dengan pantas dan ia boleh menjadi agak ganas,” katanya.

Hujan ais yang besar adalah apabila batuan ais memiliki diameter 5 sm dan dianggap janggal. Ia juga hanya boleh berlaku dalam keadaan persekitaran tertentu.Batu-batu itu adalah berbahaya kerana ia bercampur dengan hujan batu berukuran sebesar bola golf dan boleh menyebabkan kerosakan pada bangunan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal hadir pada sebutan semula kesnya tanpa sebab pada 23 Februari lalu.

Sajat juga dikehendaki di Malaysia mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

Bakal menetap di Australia? Sajat tayang rumah di sana

USAHAWAN kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mendedahkan aktivitinya terbaharu yang kini didakwa berada di Australia.
Sajat kini yang difahamkan berada di sebuah hotel di sana menayangkan sebuah rumah baharu di negara itu yang bakal didiami tidak lama lagi.

“My new home. Tak sabar nak balik rumah baharu,”tulisnya.

Terdahulu, Nur Sajat menerusi Instragram mendakwa dia sudah berada di Australia.Dia juga memaklumkan sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia dan secara rasmi berhijrah ke negara itu dengan bantuan kerajaan Australia, ketika sesi siaran langsung menerusi laman sosial itu.

Bukit Aman memaklumkan akan berhubung dengan pihak berkuasa Australia untuk mendapatkan pengesahan berhubung dakwaan usahawan kosmetik dalam buruan, bahawa dia kini sudah menetap di sana.Mereka sedang mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak berkuasa negara berkenaan berhubung perkara itu

Sumber:Kosmo_Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.