Viral

Ebit Lew Tersentuh Lihat Kekuatan Elyana & Suami Harungi Ujian Kehidupan

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dilihat berkunjung ke rumah penyanyi, Elyana bagi memberi kata-kata semangat serta doa agar pelantun suara ‘Tak Tercapai Akalmu’ itu kembali sihat sepenuhnya.

Sebak rasa ziarah @elyanaofficial1 suami dan anak-anak. Beliau ceria dan senyum walau k4nser yang dilaluinya berat. Subhanallah. MasyaAllah betapa kekuatan dan kebaikan elyana dan keluarga. Suaminya seorang yang baik dan kuat. Katanya syukur mendapat suami baik yang sudi menemannya dalam keadaan senang dan susah. Katanya setelah melaluinya ini semua ustaz. Saya rasa bahagia dan menikmati ujian ini. Rupanya syukur ubat paling mujarab. Terima kasih pada Allah.

Menurut Ustaz Ebit, Elyana sentiasa ceria dan senyum walaupun terpaksa menanggung kesakitan disebabkan penyakit k4nser. Tambah Ebit, suami kepada Elyana iaitu Khairul sangatlah baik orangnya dan sentiasa menjadi peneman tatkala isterinya sering dimasukkan ke hospital.

Syukur pada Allah. Beliau menjadi asbab kekuatan buat ramai rakyat Malaysia yang diuji dengan k4nser dan ujian hidup. InsyaAllah kita sama-sama doakan buat elyana Allah beri sihat sembuh padanya. Kekuatan dalam melaluinya. Semua ujian hanya kerana Allah sayang.

Bercerita lebih lanjut, Elyana dan suaminya tidak henti meluahkan rasa syukur sebaik sahaja mereka menerima kunjungan daripada Ustaz Ebit. Ustaz Ebit turut berasa terharu apabila pasangan berkenaan memberitahu bahawa mereka sentiasa mengikuti cara dakwahnya. Malah, Elyana dan suami berasa tidak sabar untuk berjumpa dengan Ustaz Ebit dan mendapatkan doa daripadanya.

Terima kasih ustaz

Alhamdulillah. Rezeki saya dan keluarga malam ini dapat kunjungan istimewa dari ustaz @ebitlew. Kunjungan ustaz ini menambah kan semangat dan aura positive kepada saya.Banyak ilmu yang saya dapat malam ni. Terima kasih ustaz @ebitlew kerana sudi menziarahi saya. Semoga ustaz dan keluarga selalu dalam lindungan Allah SWT, diberikan kesihatan yang baik,umur yang panjang dan bahagia di dunia dan akhirat.

Menurut Elyana pula, kunjungan Ustaz Ebit semalam, ternyata memberi semangat dan aura yang positif buat dirinya. Lebih terharu, Ustaz Ebit turut membawa buah tangan serta memberi hadiah istimewa buat dirinya dan suami. Ujar Elyana, mendengar kesusahan ujian orang lain, membuatkan dirinya berasa sangat bersyukur.

Sumber: Ebit Lew / Elyana / ohbulan

—————————————————

Elyana terharu diziarahi Ebit Lew

PETALING JAYA – Penyanyi Elyana menganggap kehadiran pendakwah terkenal, Ebit Lew di kediamannya malam tadi membawa aura positif, sekali gus menyuntik semangatnya untuk terus berjuang melawan k4nser linfoma yang dihidapi lebih 10 tahun lalu.

Terharu berbaur teruja, penyanyi berusia 34 tahun itu turut berterima kasih atas kehadiran Ebit meluangkan menziarah dan berkongsi ilmu kepada dirinya dan keluarga.

“Alhamdulillah, rezeki saya dan keluarga malam ini dapat kunjungan istimewa daripada Ustaz Ebit Lew. Kunjungan ustaz ini menambahkan  semangat dan aura positif kepada saya.

“Banyak ilmu yang saya dapat pada malam ini. Terima kasih ustaz kerana sudi menziarahi saya,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram, malam tadi.

ELYANA menganggap kunjungan Ebit sebagai memberi aura positif buatnya sekeluarga.

Penyanyi Kalis Rindu yang masih menjalani rawatan kimoterapi untuk sesi kedua itu tidak ketinggalan memuat naik gambarnya sekeluarga dengan ikon kerja amal berkenaan.

Pada masa sama, Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34, turut menitipkan doa buat Ebit Lew serta semua insan dalam hidupnya.

Ebit juga sempat berkongsi nasihat selain membawa buah tangan termasuk kitab berkaitan hadis.

Dalam hantaran yang dikongsikan, Ebit menyifatkan Elyana sebagai asbab kekuatan kepada insan lain yang melalui ujian sama seperti kanser dan dugaan untuk terus bersemangat menjalani kehidupan.

Katanya, walau diserang sel barah, wanita berjiwa kental tersebut tetap ceria melayari kehidupan di samping suami tercinta yang sentiasa menjadi peneman setia.

“Sebak rasa ziarah Elyana, suami dan anak-anaknya. Beliau tersenyum walau k4nser yang dilaluinya berat. Subhanallah, betapa kuat Elyana dan keluarga.

“Katanya selepas melalui semua itu dia rasa bahagia dan menikmati ujian. Rupa-rupanya syukur ubat paling mujarab. Sama-sama kita doakan Allah beri kesembuhan kepadanya,” katanya.

Sumber: K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *