Viral

Doktor sarankan ambil ubat berharga RM50k untuk kuatkan antibodi. Sekali ada satu benda yang buat Elyana terharu dengan orang ramai.

Penyanyi, Elyana mengakui terharu dengan keperihatinan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak yang ingin membantunya untuk menghulurkan sumbangan bagi menampung kos perubatan barah limfoma yang dihadapinya ketika ini.

Memetik laporan Kosmo Online, Elyana memaklumkan dia sebenarnya segan untuk menerima sebarang bantuan memandangkan selama ini dia tidak pernah berbuat sedemikian lebih-lebih lagi untuk meraih simpati daripada orang ramai diatas penderitaan yang dialami itu.

“Jujur saya terharu dan tidak tahu nak kata apa. Ramai mesej (DM) saya dalam Instagram nak hulur bantuan selepas berita mengenai kos ubat yang perlu saya tanggung disiarkan. Saya pada awalnya memang tak pernah terfikir atau terlintas apatah lagi mahu meminta belas ihsan daripada orang lain. Tapi malam tadi saya dihubungi bekas pengurus syarikat rakaman sebelum ini, Sam Samin yang meminta kebenaran untuk saya untuk mereka siarkan nombor akaun bank bagi mengumpul dana meringankan beban kos perubatan,” katanya seperti yang dipetik.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tak Tercapai Diakalmu ini turut menambah, dia kini harus menyediakan sejumlah wang yang agak besar untuk mengambil ubat khas secara berkala sebagai salah satu ikhtiar untuk merawat penyakitnya itu.

“Kalau ikutkan, Jumaat ini saya dah kena mula ambil ubat khas berupa antibodi berharga RM50,000 itu. Doktor sarankan kena ambil lima kali ikut jadual ditetapkan. Jujur buat masa sekarang, saya memang tidak ada sumber kewangan sebanyak itu. Jika dana yang dikumpul dan disumbangkan orang ramai itu mencukupi, saya terus akan dapat ubat tersebut. Sebaliknya jika kewangan masih tidak menginzikan, saya tetap akan menjalani rawatan kem0tr4pi seperti biasa dan terpaksa menangguh dulu hasrat untuk mengambil ubat khas tersebut,” katanya lagi.

Sementara itu, Elyana turut memaklumkan ubat khas yang disarankan oleh pihak doktor itu akan bertindak sebagai antibodi hang mampu untuk membina daya ketahanan sehingga 98 peratus.

“Doktor beritahu saya, ubat khas itu berfungsi untuk ketahahanan antibodi hingga 98 peratus dan peluang untuk sembuh daripada barah amat cerah. Ada orang jenis kem0terapi berbeza-beza, macam saya doktor sarankan dan sesuai untuk guna ubat tersebut. Insya-Allah peluang untuk sembuh tu ada,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, Elyana ada meluahkan kerisauan mengenai kos rawatan sesi kedua kemoterapi yang menelan belanja hingga RM250,000 bagi keseluruhan lima sesi yang akan dimulakan Jumaat ini.

Sekadar informasi, ibu kepada dua orang cahaya mata ini mendedahkan tentang penyakit barah limfoma tahap empat yang dihadapinya itu ketika siaran langsung konsert Gegar Vaganza musim keempat pada 2017.

Sepanjang tempoh tersebut, Elyana telah pun melalui pelbagai sesi rawatan sebagai ikhtiar untuk melawan sakitnya itu. Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan ke akaun bank Maybank milik Elyana 114254214344. Sumber: Kosmo Online

Semua macam tiada perasaan. Elyana kecewa dengan ejen insurans yang buat macam ni tanpa izinnya.

Dia turut menegaskan tidak akan memberi keizinan buat ejen insurans yang telah menggunakan gambar dan videonya. Penyanyi dan pelakon, Elyana meluahkan rasa kecewa apabila segelintir ejen insurans telah menggunakan gambar dan video yang dimuatnaiknya bagi tujuan promosi.

Menyifatkan Tindakan Ejen Insurans Tidak Mempunyai Perasaan

Menerusi sebuah hantaran yang dimuatnaik nya di laman Insta-story pada malam Khamis, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana binti Emrizal menyifatkan tindakan mereka itu seperti tidak berperasaan. Malah, dia turut menegaskan tidak akan memberi keizinan buat ejen insurans yang telah menggunakan gambar dan videonya.

” Kepada semua ejen insurans yang mengambil kesempatan atas kesulitan saya, dengan menggunakan setiap video dan gambar tanpa meminta izin. Saya tidak izinkan sama sekali. Anda Semua Seperti Tiada Perasaan” luah Elyana.

Sudah Minta Padam Gambar & Video Elyana

Dalam pada itu, difahamkan pihak pengurusan Elyana sudah menghubungi ejen-ejen insurans yang terlibat dan meminta mereka untuk memadam gambar dan video yang digunakan dengan kadar segera.

Sekadar info, ketika siaran langsung konsert Gegar Vaganza musim keempat pada 2017, pelantun Tak Tercapai Akalmu ini telah menggemparkan industri apabila membuat pendedahan bahawa dirinya sedang berjuang melawan sakit barah limfoma tahap empat yang dihidapinya. Difahamkan, barah tersebut telah merebak ke beberapa organ badannnya.

Dalam perkembangan lain, bekas pengurus syarikat rakaman Elyana sebelum ini, Sam Samin telah berkongsi kepada media nombor akaun bank penyanyi itu bagi mengumpul dana meringankan beban kos perubatan. Buat individu mahupun organisasi tertentu yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan ke akaun bank Maybank milik Elyana 114254214344.

Sumber : Murai.my

Dah lebih dari sebulan tahan sakit sampai tak dapat tidur. Kini Elyana akui dia mengalah.

Lebih sebulan menahan sakit dan tidak boleh tidur seperti individu yang lain, penyanyi, Elyana akhirnya dimasukkan ke hospital hari ini.

Saya mengalah

“Lebih sebulan menahan sakit sampai tak tidur. Akhirnya saya mengalah. Hari ni masuk p4inkiller, steroid dan ambil dr4h. CvdI9 test memang wajib. Esok check jantung. Lusa buat Pet Scan.  Seterusnya Ch3moth3rapy. Bismillahirrahmannirrahim. You can do it Nana!!!”

Bagi yang mengikuti perkembangan Elyana sebelum ini, pelantun suara ‘Tak Tercapai Akalmu’ ini pernah menjalani rawatan  radi0terapi selama 10 hari di sebuah hospital swasta di Selangor. Setelah selesai radi0terapi, Elyana mengakui bahawa dia perlu berjumpa dengan doktor bagi membincangkan mengenai rawatan kem0terapi pula. Sepanjang berada di rumah, Elyana memberitahu bahawa dia terpaksa menahan sakit sehingga tidak dapat untuk tidur.

Terbaru, Elyana memberitahu bahawa dia sudah mengalah dan perlu dimasukkan ke hospital dengan segera. Ujar Elyana, sebelum melakukan kemoterapi dia terpaksa melalui beberapa proses yang wajib dilakukan oleh setiap pesakit barah.

Moga terus kuat

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet berdoa agar Elyana terus kuat dan berjuang untuk melawan sakitnya itu. Sumber: Elyana

Elyana persoalkan kenapa orang lain boleh sembuh dengan sakit yang sama dengan dirinya tapi bukan Elyana. Rupanya ini yang berlaku dengan padanya.

Hujung tahun lalu, penyanyi Elyana memaklumkan barah lmf0m4 yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu itu hampir memasuki tahap lima apabila turut merebak ke beberapa organ badannya. Meskipun sedang kuat mlw4n barah tersebut, namun Elyana tidak pernah menunjukkan pend.eritaan yang dihadapinya. Malah, penyanyi berusia 34 tahun itu tidak pernah putus asa melwan sakitnya.

“Secara jujur, saya tidak tahu daripada mana datangnya kekuatan ini. Saya percaya berkat doa semua orang, ia bagaikan meniupkan semangat untuk saya terus bernafas,” katanya. Namun Elyana berkata sebagai manusia biasa dia juga pernah rasa kecewa dan pernah tertanya-tanya mengapa dirinya diuji sedemikian rupa dan mempersoalkan mengapa orang lain boleh sembuh namun tidak dirinya.

“Saya hanya manusia biasa, ada masanya momen kecewa dan tertekan. Saya akui sukar menerima kenyataan pada awal disahkan sakit barah. Saya sering tertanya-tanya kenapa ia terjadi kepada saya? Saya juga mempersoalkan, kenapa orang lain sakit yang sama boleh sembuh, tetapi saya tidak? Namun, lama kelamaan saya mula menyedari, semakin lama Allah menguji, semakin saya beroleh ketenangan,” katanya.

Baru sahaja keluar hospital untuk menambah dr4h, Elyana berkata terpaksa menjalani rawatan radioterapi selepas mendapati ada ketmbvhan pada bahagian tengah dadanya.

“Sebenarnya, tujuan asal ke hospital tempoh hari hanyalah untuk menambah dr4h, tetapi apabila ujian imbasan PET dilakukan, doktor mendapati terdapat ketmbvhan pada bahagian tengah dada. Jadi, doktor terpksa menjalankan rawatan radioterapi secepat mungkin. Kesan ketmbvhan ini, saya sukar bernafas, malah b4tuk tidak henti-henti hampir setahun. Apabila asyik b4tuk, saya mengalami kesukaran menelan hingga menjejaskan selera makan. Ia juga memberi kesan kepada berat badan. Selain dada, barah turut merebak pada bahagian parv-parv, belakang r.ahim, sedikit pada usus dan beberapa bahagian badan lain. Dengan bantuan steroid, berat badan hanya 35 kilogram (kg) kini sudah naik kira-kira tujuh kg,” katanya.

Elyana mula terasa kesan radioterapi

Penyanyi dan pelakon Elyana mula mengalami pecah lidah dan ulser dalam mulut selepas menjalani sesi keenam rawatan radioterapi di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, semalam. Elyana, 34, atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkata, kesan rawatan itu lambat bertindak balas seperti pengalaman sebelum ini.

“Sekarang ini saya masih di hospital dan buat rawatan radioterapi. Semalam sudah sesi keenam jadi ada empat lagi. Di sini bukan setakat buat radioterapi, tapi juga tambah dr4h, masukkan susu dan benda lain. Sekarang baru terasa kesan radi0terapi selepas kali keenam. Kebiasaannya kesan rawatan ini memang lambat sikit. Kesannya sudah mula pecah lidah dan bahagian dalam ada ulser sebab panas. Maksudnya kesan rawatan ini sudah mula bertindak balas. Sekarang ini saya kena bersabar sikit dengan kesan radioterapi ini. Untuk pernafasan, alhamdulillah lebih baik dari sebelum ini. Batuk pun makin kurang,” katanya.

Elyana yang sudah 10 tahun menghidap barah lmf0m4 tahap empat berkata, rawatan radioterapi kali ini lebih tenang berbanding beberapa siri rawatan yang pernah dibuat sebelum ini.

“Mungkin sebab sudah ada pengalaman yang lepas, jadi sudah tahu macam mana nak kawal. Alhamdulillah kali ini lebih tenang. Selepas itu banyak sangat kata-kata semangat, doa orang ramai yang saya tak kenal, yang bersedekah dan mendoakan. Memang saya tak sangka. Mungkin dari situ saya dapat kekuatan dengan kata-kata positif semua orang,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Elyana juga penyanyi lagu Kalis Rindu terpaksa menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas ketika mula menjalani rawatan radioterapi sejak pertengahan bulan ini. Dalam masa sama, Elyana turut mengalami pengurangan berat badan sehingga terpaksa dibekalkan satu pek susu untuk dimasuk ke dalam badan selama 16 jam.

Pada 16 Jun lalu Elyana menerusi bual bicara langsung di Instagram miliknya memaklumkan dia nekad menjalani rawatan radioterapi itu untuk kesembuhan sakit barah tersebut demi keinginan mahu terus bermain bersama anak-anak.

Menurut Elyana, dia perlu melakukan rawatan radioterapi berkenaan sebanyak 10 sesi dan harus menghadapinya dengan cekal hati berikutan berat badan yang semakin merosot.

Sumber : News Update

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.