Viral

Akhirnya Neelofa jawab sendiri khabar angin sedang hamil

Neelofa akan berkongsi berita gembira apabila tiba masanya.

TELAHAN peminat tentang kehamilan Neelofa hampir tepat apabila selebriti itu meminta orang ramai bersabar sementara menunggu masa yang sesuai untuk dikongsikan.

Walaupun tidak memberi apa-apa pengesahan tentang berita baik itu, isteri kepada pendkwah selebriti Pencetus Ummah (PU) Riz berkenaan mempunyai alasan untuk mengunci mulut.

 

“Saya rasa soalan tentang (kehamilan) ini sensltif untuk sesetengah orang, mungkin mereka ada alasan sendiri untuk menjawab atau tdak menjawab soalan itu… bagi saya pula sama ada desas-desus itu betul atau tdak, saya akan tunggu masa sesuai untuk berkongsi dengan orang ramai.

“InsyaAllah saya akan kongsikan berita baik ini nanti… kita pun nak doa-doa orang ramai, bukan benda buruk nak disorokkan cuma apabila tiba masa yang tepat, pasti saya kongsi.

“Kita faham ada segelintir yang teruja, is sesuatu yang orang tunggu-tunggu cuma bayangkan jika terjadi pada seorang selebriti yang sedang mencuba (hamil) tapi tk betul berita itu pasti memberi kesan, jadi saya rasa sepatutnya orang ramai lebih mennahanni,” katanya kepada mStar.

Neelofa tunggu waktu sesuai umum berita kehamilan.

Neelofa ditemui semasa Program Kasih Prihatin Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang berlangsung di Surau Al-Mustaqim, PPR Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu.

Turut serta dalam program pengagihan bakul kasih prihatin MAIWP itu ialah suaminya PU Riz atau Haris Ismail.

Sejak Julai lalu, cerita tentang ‘baby bump’ Neelofa terus menjadi topik perbualan hangat netizen di media sosial.

Manakala, pada 24 September lalu, aksi Neelofa mengusap perut semasa menghadiri prosiding kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan turut mencri tumpuan orang ramai.

Dalam pada itu, bekas pengacara program MeleTOP mengakui suami dan keluarganya turut teruja menanti kehadiran anak pertama mereka.

Malah, dia juga tidak pernah meletakkan sebarang sasaran jantina untuk bayi sulungnya itu.

Aksi Neelofa usap perut jadi perhatian peminat.

“Soal jantina, tk kisah sebab itu semua rezeki Allah. Bukan kami sahaja, saya rasa suami orang lain pun mesti excited dan keluarga mereka pun tk sabar menunggu berita kehamilan.

“Sejujurnya saya dan suami tk pernah tertekan atau berbincang terlalu serius tentang anak sebab kami pun baru kahwin, masih lagi dalam proses nnengenali,” ujarnya.

Neelofa dan Haris, 26, mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Sumber : mstar/livenewszone.

Artikal sebelum…

 

”Makin Berseri-Seri & Nampak Baby Bump”- Kalau Betul Neelofa Hamil, Alhamdulillah!

 

Banyak khabar angin di media sosial mengatakan Neelofa hamil setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, PU Riz atau Haris Ismail. Memandangkan tuan masih mengunci mulut tanpa membuat sebarang pengakuan, rata-rata peminat sudah teruja dan tidak sabar untuk mendapat perkhabaran gembira.

Disebabkan oleh awal bulan ini Neelofa telah mengadakan sesi siaran langsung bagi mempromosikan produk terbaharu daripada jenama tudungnya, dia dilihat kerap kali memegang serta mengusap bahagian perut.

Benarkah Neelofa hamil? netizen luah rasa teruja dan titipkan doa

Noor Neelofa Mohd Noor bukan nama yang asing lagi di Malaysia. Apa sahaja yang dilakukan olehnya pasti mengundang perhatian ramai dan menjadi tular.

Orang ramai mula berteka-teki apabila Neelofa dilihat kerap memegang dan mengusap perut sewaktu sesi live bagi mempromosikan rekaan terbaharu jenamanya.
neelofa mengandung

Bukan itu sahaja, isteri kepada pendakwah bebas berkenaan berulang kali kerap duduk kerana dipercayai keletihan akibat berdiri lama.

Walaupun dihujani dengan ucapan tahniah dan pelbagai persoalan daripada pengikut yang menyertai siaran langsung tersebut, Neelofa tidak memberi apa-apa jawapan atau reaksi terhadap setiap komen berkaitan mengandung.

Menjengah ke ruangan Twitter, terdapat segelintir netizen mendakwa bahawa bekas pengacara tersebut hamil dan ternampak perubahan saiz pada bahagian perut.

”Wah! Neelofa hamil ke? Tengok live dia asyik pegang perut lepastu nampak besar.”kongsi seorang pengikut.

Selain itu dakwaan Neelofa mengandung menjadi semakin kuat selepas beberapa netizen mengatakan bahawa Neelofa mula mengikuti beberapa akaun berkaitan kehamilan dalam Instagram sejak akhir-akhir ini.

”Rasanya Neelofa betul-betul mengandung. Sebab nampak dia mula mengikuti akaun berkaitan kesihatan kehamilan, @healthy.pregnancy’s dalam Instagram.”tulisnya.

Dakwaan Neelofa hamil, pakai jubah dan nampak baby bump

Terbaharu, selebriti berniqab tersebut telah menarik perhatian warganet menerusi sekeping gambar berjubah yang menampakkan bentuk badan agak berisi seolah-olah wanita berbadan dua.

Sangkaan Neelofa hamil timbul selepas akaun Instagram bisnes milik Neelofa dan suaminya, @Markaztijaari berkongsi sekeping gambar mereka berdua berpegangan tangan serta menyarung pakaian sedondon berwarna coklat.

Sumber:theasianparent.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *