Viral

“Trak Zaman Jepun” Sebuah Trak Misteri Yang Bergerak Tanpa Pemandu

SEGAMAT: Pengguna media sosial `kec0h’ dengan sebuah video viral, yang menunjukkan trak lama semasa perang zaman Jepun bergerak sendiri tanpa pemandu.

Video berdurasi 45 saat berkenaan pada mulanya dikatakan dimuat naik oleh seorang pengguna, 6 bulan lalu.

Kini, video kejadian tersebut yang kononnya dikatakan berlaku di ladang kelapa sawit simpang kiri Sime Darby Chaah, Segamat, kembali viral di pelbagai platform media sosial seperti Whatsapp, Tikt0k serta Youtube.

Kejadian dilihat berlaku pada siang hari dan trak berkenaan bergerak kira-kira lebih kurang 20 meter tanpa pemandu.

Tidak ada penjelasan lebih lanjut dibuat dari mana-mana pihak mengenai perkara tersebut dan ini mengundang pelbagai andaian dalam kalangan media sosial.

penjelasan  dari mana-mana pihak perkara ini dan mengundang pelbagai andaian di media sosial.

“Tentera Jepun mana ada lori macam itu,”

“H4ntu manalah usik orang siang-siang hari. Sah-sah kantoi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Buat malu tentera Nippon buat kerja macam ini,” ulas seorang pengguna Facebook.

a

Video itu tular melalui aplikasi Whatsapp, Tikt0k serta Youtube.

Rata-rata pengguna media sosial berpendapat ia hanya satu ‘content’ atau pengisian yang sengaja dibuat pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan apabila ia tular.

Ada juga pengguna media sosial yang berasa hairan dan mengajak pengguna lain memerhatikan tayar lori itu yang tidak berputar seperti bergerak di awang-awangan.

Tidak kurang juga yang menzahirkan rasa seram dan meremang bulu roma apabila menonton video itu berulang kali walaupun ia berlaku di siang hari.

a

Terdapat juga pengguna media sosial yang tidak menafikan kewujudan entiti daripada alam ghaib.

Pengguna media soslal meminta pihak yang bertanggungjawab tampil membuat pengakuan dan menjelaskan mengenai video itu.

Lori lama didkwa milik tentera Jepun yang bergerak tanpa pemandu di sebuah ladang sawit tular kembali di media sosial

Sumber : BHarian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *