Viral

VIDEO] Baru Nak Feeling-feeling Berkelah Tepi Pantai,Sekali Ombak Sapu Habis Semua Bersepah

Berkelah merupakan aktiviti paling menyeronokkan tambahan pula ia dilakukan bersama rakan atau keluarga.

Selain dapat meluangkan masa bersama, kita juga bekerjasama untuk menyediakan tempat berkelah, memasak, dan mengemas.

Ia bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan, malah dapat diadikan memori indah kerana dapat meluangkan masa bersama-sama.

Detik indah berkelah di pantai bertukar cemas
Kebanyakkan orang memilih taman, sungai atau pantai sebagai tempat berkelah kerana suasananya yang tenang.

Namun siapa sangka tempat yang tenang boleh menjadi detik cemas buat sekumpulan remaja ini.

Bak kata pepatah, kalau takut di landa ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Panik Kemas Makanan Lepas Tengok Air Makin Dekat

Terbaharu, tular di media sosial tentang video sekumpulan remaja perempuan pergi berkelah di pantai dan harus berdepan dengan detik cemas telah menarik perhatian netizen.

Pada mulanya, di dalam video tersebut gadis-gadis itu dilihat berkerjasama menyusun makanan, minuman dan barang-barang perkelahan mereka dengan kemas sekali kononya diberi sentuhan ‘aesthetic’.

Susunan rapi makanan tidak bertahan lama bila ombak makin dekat

Namun, kegembiraan dan sususan rapi itu tidak bertahan lama tatkala ombak pantai menyusuri dan semakin dekat dengan mereka.

Disebabkan mereka memilih lokasi terlalu hampir dengan pantai, ombak semakin mendekati tempat perkelahan mereka.

Akhirnya kain dan makanan dibanjiri air pantai

Justeru dengan itu, mereka segera mengalihkan makanan dan minuman berjauhan dari pantai dengan perasaan panik.

Akan tetapi nasib tidak menyebelahi mereka, kain dan makanan dibanjiri dengan air pantai dan menyebabkan gadis-gadis itu tergelak terbahak-bahak dengan situasi yang berlaku kepada mereka.

Kak letak makan tengah laut la kak-Netizen

Video tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi cemas itu.

Malah ada juga yang turut berseloroh dan bergurau di ruangan komen kerana mereka dilihat berkelah terlalu dekat dengan air pantai.

“Kak letak tengah laut kak, risau kadang-kadang dengan sangat dengan air tu.”

“Ni betul-betul definisi berkelah di tepi pantai sebab dekat sangat”

Perempuan tak salah, tapi salah pantai tu

“Perempuan tak salah, salah pantai tu, kenapa masa tu jugak ombak nak naik.”

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 196.5K views, 12.4K likes dan 292 komen di TikTok.

 

Sumber:tiktok/yoy.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *