Viral

“Ini Bukan Pulau Langkawi”…

“Dah berapa kali diberitahu hanya Pulau Langkawi setakat ini kerajaan membenarkan orang awam untuk bercuti yang mana kawasan perkelahan hutan simpan dan dibawah peraturan Jabatan Hutan Negeri masih tidak dibenarkan”, kata pihak berkuasa bertugas.

Terdapat beberapa keluarga telah membuat aktiviti di kawasan perkelahan Lubuk Kain Kg Shukor, Terengganu yang mana telah dik0mpaun oleh pihak berkuasa.

Sudah dimaklumkan sebelum ini kawasan rekreasi perkelahan Lubuk Kain Kg Shukor masih belum dibuka Dan tidak dibenarkan aktiviti. Kawasan itu juga dalam kawasan hutan simpan dan di bawah peraturan Jabatan Hutan Negeri Terengganu.

Mencer0boh akan dikenakan tindakan, Notis pun telah dikeluarkan dan laluan masuk juga telah disekat sebelum ini tapi masih ada yang degiI, tambahnya.

“Maka merasa lah nikmat k0mpaun oleh pihak berkuasa”..

Pematuhan oleh pihak berkuasa juga dilakukan di kawasan rekreasi Bumbung Raja, tapak perkelahan Lubuk Gemerang, Sg Loh  dan juga Sungai Kelemin Kampung Talong.

Masih ada yang ingkar SOP.. maka k0mpaun telah dikenakan.

K0mpaun dikeluarkan untuk keluarga yang meIanggar peraturan Jabatan Hutan Negeri


 

—————————————————

12 Orang Melancong Dari KL ke Genting Highlands Did3nda RM5,000 Seorang

 

12 orang itu terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita yang berusia antara 20 hingga 58 tahun.

12 individu tersebut dik0mpaun oleh polis kerana cuba merentas negeri ke Genting Highland. Mereka menganggap Genting Highand itu dalam wilayah Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar menyatakan, “Pada 15 September, sepasukan polis di bawah ibu pejabat polis daerah Bentong (IPD) membuat pemeriksaan snap Op COVID-19 di KM17 Kee Sang pusat pemeriksaan di Tanah Tinggi Genting, Pahang.”

Tambahnya,10 lelaki dan dua wanita dik0mpaun dan mereka berusia antara 20 hingga 58 tahun.

Setiap orang dikenakan denda RM5,000, katanya.

“Setelah diperiksa, 12 individu didenda kerana gagal mengemukakan surat keizinan perjalanan antara negeri yang sah dari Polis Diraja Malaysia (PDRM),” tambah Zaiham.

Dia juga mengatakan bahawa semua orang yang berada di kediaman itu berasal dari Kuala Lumpur menuju ke Genting Highlands.

Mereka didenda berdasarkan Peraturan 17 (1) Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 2) 2021.

Zaiham juga menekankan bahawa polis akan terus mengambil tindakan tegas ke atas individu yang masih gagal dan ambil mudah  dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) tanpa k0mpromi.

Beliau juga menyeru orang ramai berganding bahu bersama mengikut sop yang ditetapkan agar rantaian pandemik c0vidI9 berjaya diputuskan.

POLIS Bentong
pada hari Rabu

SIARAN MEDIA SUPT. ZAIHAM MOHD KAHAR,
KETUA POLIS DAERAH BENTONG

DUA BELAS (12) WARGANEGARA TEMPATAN DIKOMPAUN KERANA GAGAL MEMATUHI PROSESUR OPERASI STANDARD (SOP) PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)

Lihat Lagi
Tiada penerangan foto disediakan.
Sumber:fbPDRM/Borakviral.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.