Viral

(Video) Imam Besar Masjid Putra mohon maaf secara terbuka

Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam berhubung video penjelasannya mengenai isu layanan dua darjat bagi solat Jumaat di Masjid Putra, baru-baru ini.

Ikmal berkongsi rakaman maaf secara terbuka itu menerusi laman Facebook Masjid Putra Putrajaya, kira-kira pukul 10.25 malam tadi.

Menurutnya, beliau memohon maaf berhubung penjelasannya yang dilihat agak keterlaluan berhubung video tular itu.

“Dengan rendah hati, saya ingin memohon naaf atas segala ketelanjuran tersebut dan berazam serta berjanji akan membaiki keadaan terutama berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Putra.

“Saya juga mengajak semua khasnya jemaah Masjid Putra untuk teruskan aktiviti pengimarahan sama ada solat Jumaat atau solat fardu dan program yang akan dianjurkan kelak,” katanya.

Sebelum ini, Ikmal memuat naik video bagi memberi penjelasan sebenar berhubung isu tular itu malah, beliau tidak reda dengan penyebaran video berkenaan.

Menerusi rakaman video itu, Ikmal turut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada hari berkenaan. Malah, beliau turut menggesa individu yang menularkan video itu tampil memohon maaf kepada pihak penguruasan masjid.

Sebelum itu, pihak pengurusan Masjid Putra menerusi kenyataan akhbar memohon maaf kepada semua pihak sekiranya wujud kekeliruan susulan penyebaran video tular itu.

Sumber:K! ONLINE/Majalahilmiah.com

 

Artical sebelum

“Saya tak redha viralkan video, jumpa saya minta maaf” – Imam Besar Masjid Putrajaya

 

Putrajaya: Imam Besar Masjid Putrajaya, Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim tidak meredhai perbuatan memviralkan video kononnya VIP mendapat layanan berbeza berbanding orang awam.

Dalam satu video secara langsung di ak seeaun facebooknya pagi sabtu, Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim turut mendoakan pihak terbabit supaya diberi hidayah oleh Allah dan bertemu dengan beliau untuk meminta maaf.

“Dia (jemaah) dah lambat, dia tak nak balik, dia duduk depan pagar tu, dia duduk macam tu “Bagi lah bagi lah masuk, bagi lah masuk” Eh siapa nak masuk kau ingat apa? Lepas tu ambil gambar . Ha itulah perangai orang kita. Saya nak cakap saya tak redha benda tu. Saya doakan supaya orang yang buat ini dapat hidayah Allah. Tapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf.”

Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim

Terdahulu beliau berkata jumlah kuota untuk solat jumaat bagi masjid Putrajaya adalah seramai 300 orang dimana 90% darinya (270 orang) adalah untuk orang awam manakala 10 % lagi (30 orang) untuk VIP.

Katanya lagi, kuota 10% itu diberikan adalah kerana masjid terbabit adalah masjid kerajaan, malah dibina bersebelahan dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri.

“Jangan marah saya, itu ketetapan, kita nak beri peluang kepada VIP, untuk penuhkan kuota 30 orang, (berjawatan) pengarah dan ke atas” katanya.

Tambah beliau, VIP 30 orang itu telah memberikan nama terlebih dahulu.

“Sudah ada nama dah pun. Itu untuk diorang . Itu hak dia. Yang lebihnya (270 ) untuk jemaah lain. Tapi dah dia lambat, dia tak nak balik” katanya lagi.

Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia Ahmad Marzuk Shaary meminta pengurusan masjid di Malaysia agar tidak membeza-bezakan layanan kepada individu atau kumpulan tertentu sebaliknya melayan sama rata jemaah yang hadir untuk menunaikan solat di masjid

Katanya, layanan ‘kayangan’ itu tidak seharusnya berlaku dan pihaknya sedang mengenal pasti lokasi seperti dalam video yang tular di laman sosial pada Jumaat (10 Sep).

“Pihak yang berhormat menteri agama sendiri telah pun meminta dan memohon penjelasan daripada pihak masjid khususnya di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan insya-Allah dalam tempoh sehari dua lagi perkara ini kita akan selesaikan.

“Saya sendiri pun sebenarnya apabila ke masjid saya beratur, paling penting yang mahu ke masjid perlu pergi awal dan ambil tempat sesuai,” katanya.

Encik Ahmad Marzuk berkata selain memastikan SOP dipatuhi, pihaknya turut mengingatkan pengurusan masjid supaya mempunyai budi bicara dalam menentukan kehadiran jemaah dan tidak hanya melayani kumpulan tertentu.

Beliau berkata pihaknya sentiasa memperbaharu prosedur operasi standard (SOP) membabitkan kehadiran jemaah di masjid.

“SOP jemaah di masjid sekarang masih lagi terhad iaitu dengan hanya jumlah minimum. Kerajaan memandang serius perkara ini dan kita akan sentiasa memperbaharu SOP mengikut kesesuaian.

“Kadar jangkitan wabak COVID-19 juga menjadi antara pertimbangan untuk kita perbaharui SOP bagi membenarkan lebih ramai jemaah dapat hadir ke masjid, namun paling penting sekarang kadar imuniti kelompok di negara ini perlu dicapai terlebih dahulu,” katanya.

Sebelum ini, tular video berdurasi 57 saat mendakwa ‘layanan dua darjat’ apabila mendakwa golongan tertentu diberi keutamaan untuk menunaikan solat Jumaat berbanding jemaah yang datang awal untuk beratur.

Dalam video itu, sebahagian jemaah dilihat beratur sambil membawa sejadah dan apabila VIP datang dengan menaiki kenderaan besar, pintu pagar utama dibuka untuk mereka. –

Netizen Tidak Berpuas Hati Dan ‘Meny3rang’ Masjid Putra Di FB

Walaupun penjelasan rasmi telah diberikan oleh Masjid Putra tetapi netizen masih tidak berpuas hati. Rata rata menyatakan isu antara dua darjat ini tidak sepatutnya berlaku.

Jika rakyat biasa boleh datang awal dan menunggu oleh itu golongan VIP perlu turut sama.

“VIP tu patut datang awal la, baru adil, jaga la nama baik sendiri orang dah bagi kelebihan, tapi tunjuk la tauladan yang elok, bukan tunjuk kuasa”

“Cuba tengok dalam video tu, golongan umur mana yg ramai? Dan lumrahnya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. KJ menteri KKM ckp ENDEMIC, so ubah lah SOP ikut fasa sekarang.”

“Sy menyarankan bagi yg mendapat kuota pihak masjid ataupun VVIP yg mahu hadir perlu smpai mengikut masa yg ditetapkan”

Sumber : Malaysia Kini / FB Masjid Putra Putrajaya / Buletin TTKM

Kredit : FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *