Viral

Kanak-kanak Berusia 22Bulan Yg Jatuh Bngunan Tinjau Kini Ditidurkan. lbu Saudara M0hon D0a 0rang Ramai

SHAH ALAM – Kanak-kanak berusia 22 bulan yang mengalami pendarahan dalaman pada otak selepas terjatuh dari bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam kini ditidurkan.

Ibu saudaranya, Huda Mahmud, 42, memaklumkan, Zaid Harith ditidurkan sepenuhnya untuk mengelak bahagian sensitif itu mengalami kecederaan lebih serius.

“Zaid ditidurkan sepenuhnya untuk elak ‘second brain injury’. (Masa jatuh semalam ‘first brain injury’. ‘Second brain injury’ adalah apa-apa injury selepas jatuh, yang disebabkan oleh faktor lain.

“Kepala belah kiri bengkak sebab ada pendarahan bawah ‘scalp’, tengkorak sebelah kiri retak, namun pendarahan di otak sangat kecil, tak significant, mungkin tak perlu operation.

“Bahagian anggota badan, organ lain semua ok tak ada apa-apa, Alhamdulillah. Cuma doktor kata Zaid kurang stabil. Tekanan darah agak rendah,” kongsi Huda menerusi perbualan bersama ibu mangsa juga merupakan adik iparnya di laman Twitter miliknya pada Isnin.

Dalam kejadian pada pagi Ahad itu, mangsa dipercayai terjatuh dari aras dua bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam ke bawah akibat lantai kayu patah.

Mngsa dilaporkan terjatuh dari aras dua bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam.

Mengulas lanjut, Huda yang mewakili keluarga adiknya itu turut memohon semua mendoakan agar Zaid tidak perlu menjalani pembedahan dan dijauhkan daripada sebarang komplikasi, jangkitan atau apa-apa risiko dari ubat, darah atau sebarang prosedur dilakukan.

“Jazakumullahu khayran semua atas doa, bantuan dan sumbangan dalam pelbagai bentuk. Kami sangat-sangat menghargainya dan sangat perlukan doa dari semua,” katanya.

Penerangan dari ibu Zaid (adik ipar) berkenaan keadaan semasa Zaid di HKL.

Pada Ahad, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut menzahirkan rasa simpati terhadap insiden yang menimpa kanak-kanak terbabit.

MBSA dalam kenyataannya memaklumkan telah membuat semakan segera dan mendapati bangunan tinjau Taman Rekreasi Wetland Setia Alam adalah di bawah pengurusan pemaju Bandar Setia Alam.

Pihak berkuasa mengambil langkah segera menutup bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam.

“Pihak MBSA akan membantu memanjangkan isu ini kepada pihak pemaju untuk tindakan lanjut bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

“Selain itu, pihak MBSA juga akan memaklumkan kepada pihak pemaju untuk membuat penyelenggaraan dan pemantauan secara berkala bagi taman-taman awam yang masih belum diserahkan kepada MBSA,” kata kenyataan itu.

SUMBER/KREDIT :Twtter Huda Mahmud, Kualalumpurviral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *