Viral

“Permasalahan seperti ini tak pernah berlaku” Ahli Parlimen Putrajaya Tampil Mohon Maaf

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merayu had jemaah solat Jumaat di Masjid Putra di sini ditambah selepas simpati dengan isu jemaah disekat kelmarin.

Sambil melahirkan kehairanan kerana ia tidak sejajar dengan garis panduan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sendiri, beliau merayu agar had minimum itu dapat dilonggarkan.

Apatah lagi bilangan ditetapkan itu tidak selaras prosedur operasi standard (SOP) diwartakan MKN bagi Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang membolehkan ramai jemaah datang.

“Saya rayu pihak berwajib termasuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk longgar had solat jemaah dan acara keagamaan,” katanya menerusi hantaran dalam akaun sosialnya.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu merujuk insiden tular diperkatakan warganet apabila ramai dihalang memasuki masjid tersebut walaupun Putrajaya sudah beralih ke Fasa 2 PPN.

Sebaliknya, beberapa jemaah kenamaan dilihat dapat masuk meskipun datang lambat dan ia mencetuskan kemarahan umat Islam seolah-olah ada perbezaan layanan antara dua darjat sekali gus ramai mempersoalkan SOP MKN yang jelas menyatakan had jemaah berdasarkan kapasiti premis dengan ada penjarakkan fizikal.

Ini bermakna masjid yang pertama dibina di Putrajaya pada 1999 dengan kos RM250 juta itu, sepatutnya boleh diisi 8,000 berbanding had maksimum sebelum ini adalah 15,000 jemaah.

Bagaimanapun, hanya 300 orang dibenarkan masuk walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Putrajaya beralih kepada Fasa 2 PPN bermula semalam.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, sepanjang pengetahuan beliau, permasalahan itu tidak pernah berlaku di Putrajaya, bahkan Masjid Putra itu sendiri memang ada ruang amat luas.

“Apa yang berlaku ini adalah sesuatu amat tidak wajar apatah lagi melibatkan orang ramai kerana pemimpin sepatutnya lebih mendahulukan rakyat marhaen,” tegasnya.

Beliau malahan yakin, sekiranya ada budi bicara, tentu jemaah juga maklum mengenai isu pematuhan SOP ketat selain penjarakan fizikal dengan mengikut selang ruang yang ditetapkan.

Putrajaya setakat ini mempunyai hanya tiga buah masjid di samping sejumlah 20 surau dengan kebenaran solat fardu Jumaat dan sebanyak 91 surau biasa di wilayah berkenaan.

Netizen Tidak Berpuas Hati Dan ‘Menyerang’ Masjid Putra Di FB

Walaupun penjelasan rasmi telah diberikan oleh Masjid Putra tetapi netizen masih tidak berpuas hati. Rata rata menyatakan isu antara dua darjat ini tidak sepatutnya berlaku.

Jika rakyat biasa boleh datang awal dan menunggu oleh itu golongan VIP perlu turut sama.

“VIP tu patut datang awal la, baru adil, jaga la nama baik sendiri orang dah bagi kelebihan, tapi tunjuk la tauladan yang elok, bukan tunjuk kuasa”

“Cuba tengok dalam video tu, golongan umur mana yg ramai? Dan lumrahnya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. KJ menteri KKM ckp ENDEMIC, so ubah lah SOP ikut fasa sekarang.”

“Sy menyarankan bagi yg mendapat kuota pihak masjid ataupun VVIP yg mahu hadir perlu smpai mengikut masa yg ditetapkan”

Sumber : Malaysia Kini / FB Masjid Putra  Putrajaya

Kredit : FB/trendingsangat.pw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.