Viral

Tidak perlu layanan ‘kayangan’ di masjid – Ahmad Marzuk

Pihak pengurusan masjid diminta agar tidak membeza-bezakan layanan kepada individu atau kumpulan tertentu sebaliknya melayan sama rata jemaah yang hadir untuk menunaikan solat di masjid.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata layanan ‘kayangan’ itu tidak seharusnya berlaku dan pihaknya sedang mengenal pasti lokasi seperti dalam video yang tular di laman sosial semalam.

Video berkenaan memaparkan individu dikatakan kenamaan memasuki masjid tanpa menunggu giliran dan ia mengundang kecaman warga maya yang mempersoal wujudnya dua darjat antara orang kenamaan dan rakyat biasa.

“Pihak yang berhormat menteri agama sendiri telah pun meminta dan memohon penjelasan daripada pihak masjid khususnya di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan insya-Allah dalam tempoh sehari dua lagi perkara ini kita akan selesaikan.

“Saya sendiri pun sebenarnya apabila ke masjid saya beratur, paling penting yang mahu ke masjid perlu pergi awal dan ambil tempat sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program pembahagian sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada 25 pengayuh beca menerusi Program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Peduli: Musaadah YADIM-Bank Islam di Dataran Muhammadi, di sini hari ini.

Ahmad Marzuk berkata selain memastikan SOP dipatuhi, pihaknya turut mengingatkan pengurusan masjid supaya mempunyai budi bicara dalam menentukan kehadiran jemaah dan tidak hanya melayani kumpulan tertentu.

Beliau berkata pihaknya sentiasa memperbaharu prosedur operasi standard (SOP) membabitkan kehadiran jemaah di masjid.

“SOP jemaah di masjid sekarang masih lagi terhad iaitu dengan hanya jumlah minimum. Kerajaan memandang serius perkara ini dan kita akan sentiasa memperbaharu SOP mengikut kesesuaian.

“Kadar jangkitan wabak COVID-19 juga menjadi antara pertimbangan untuk kita perbaharui SOP bagi membenarkan lebih ramai jemaah dapat hadir ke masjid, namun paling penting sekarang kadar imuniti kelompok di negara ini perlu dicapai terlebih dahulu,” katanya.

Sumber : BERNAMA

 

Setelah viral video VIP boleh lepas, pengurusan Masjid Putra Minta Maaf

 

Pengurusan Masjid Putra, Putrajaya nafi memberikan layanan ‘dua darjat’ kepada jemaah yang hadir untuk menunaikan solat Jumaat, semalam.

Menurut kenyataan hari ini, kehadiran jemaah di Masjid Putra sama ada solat fardu lima waktu atau solat Jumaat adalah mematuhi garis panduan dan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

Setelah viral video VIP boleh lepas, pengurusan Masjid Putra buka mulut

“Bagi solat Jumaat, kapasiti jemaah di masjid ini ditetapkan seramai 300 orang.

“Daripada jumlah ini, pihak pengurusan masjid memperuntukkan sejumlah kuota untuk jemaah tetap yang mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu ketibaan di masjid bagi memudahkan kita memastikan jumlah kehadiran adalah bertepatan dengan kuota ditetapkan,” kata kenyataan itu yang dikongsi di Facebook rasmi masjid berkenaan.

Bagaimanapun, pihaknya tidak dapat menafikan, saban minggu Masjid Putra menerima kehadiran jemaah melebihi kapasiti ditetapkan sejak 11 pagi untuk menunaikan solat Jumaat.

“Apabila kapasiti jemaah mencukupi, pengurusan masjid akan menutup pintu pagar utama menyebabkan jemaah yang hadir kemudian tidak dapat memasuki masjid.

“Pihak masjid memaklumkan dan menasihatkan jemaah secara baik mengenai perkara ini,” katanya.

Menurutnya, bagi memelihara nama baik institusi masjid, pihak pentadbiran akan berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan.

“Kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan demi memastikan pelanggan setia kami gembira dan berpuas hati dengan khidmat yang diberi.

“Sebarang cadangan dan maklum balas boleh menghubungi terus pihak kami,” katanya.

Sumber:Gemilangdaily.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *