Viral

Latif Romly menang emas, nama Remy Ishak pula jadi yang jadi sebutan ramai

Seperti bermusim, nama aktor kacak Remy Ishak sekali lagi menjadi sebutan netizen apabila wajahnya dikatakan mirip dengan atlet lompat jauh, Latif Romly.

Perkara tersebut menjadi bualan netizen dalam ruangan komen di beberapa hantaran mengenai kemenangan Latif pada Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam.

Kebanyakan netizen memuji rupa paras kacak Latif selain mendakwa wajahnya mempunyai iras pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu.

Dalam pada itu, selain Remy, terdapat juga netizen yang menyamakan wajah Latif persis pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal.

Bagaimanapun, rata-rata netizen turut mendoakan agar Latif segera sembvh daripada keced3raan yang dialaminya semalam.

Semalam, nama Latif menjadi bualan hangat sehingga sohor kini dalam Twitter selepas memenangi pingat emas ketiga buat negara pada temasya sukan tersebut.

Sehingga semalam, kontinjen atlet paralimpik negara berjaya meraih tiga emas bagi sukan angkat berat, badminton dan lompat jauh.

Manakala, satu pingat perak pula dihadiahkan oleh atlet sukan boccia.

Komen netizen:

Abdul Latif sudah berpunya, rancang kahwin 2025

PADANG BESAR – Penyumbang pingat emas ketiga negara pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Abdul Latif Romly, 24, sudah mempunyai pilihan hati dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 2025.

Ibunya, Salmah Yatim, 64, berkata, anak bongsu daripada tujuh beradik itu tidak merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa ini kerana masih memberi tumpuan dalam sukan dan menyasarkan untuk menyertai Sukan Paralimpik di Paris pada 2024.

Katanya, Abdul Latif yang lebih mesra dipanggil ‘pak cik’ dalam ahli keluarga sudah mengenali teman wanitanya sejak zaman sekolah ketika sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi di sini.

“Latif rancang kahwin pada 2025 kerana buat masa ini dia masih nak tumpukan kepada sukan terlebih dahulu. Kalau ikutkan saya, 2025 pun masih rasa Latif terlalu muda lagi untuk berkahwin.

“Namun, kami tidak ada halangan sebab keluarga pun sudah lama saling mengenali antara satu sama lain.

Dia pun ada cakap yang lepas acara Sukan Paralimpik di Paris, baru akan merancang untuk berumah tangga,” katanya ketika ditemui rumahnya di Taman Emas, Beseri di sini
semalam.

Pada kelmarin, Abdul Latif menutup tirai Sukan Para­limpik 2020 meraih pingat emas dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) di Stadium Olimpik, Tokyo.

Anak jati Perlis itu mendapat perhatian orang ramai di media sosial dengan perubahan wajahnya yang jauh lebih matang berbanding ketika Sukan Para­limpik Rio di Brazil pada tahun 2016.

Sumber: kosmo/sinarviral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *