Uncategorized

Cucu Kerap Gaduh, Cara Raissuddin Hamzah ‘Nasihat’ Anak Siti Sarah Undang Sebak – ‘Kalau Ibu Ada Dia PukuI Tak?

Tak dinafikan, hubungan sesebuah keluarga itu pasti menjadi lebih meriah dan harmoni dengan suara gelak tawa, tingkah laku dan ragam anak-anak di dalam rumah.

Terbaru, Shuib ada berkongsi satu video di Instagram dengan menunjukkan telatah serta ragam ketiga-tiga anaknya ketika di rumah. Sampai ada yang menangis, kenapa tu?

 

Anak-anak bergaduh

Menerusi video pendek yang dimuatnaik Shuib di Instagram Allahyarham Siti Sarah Raissuddin memaparkan, ketiga-tiga anaknya iaitu Uwais, Talita dan Matin baru sahaja lepas bertengkar antara satu sama lain.

Kelihatan mereka bertiga sedang menangis sambil menuruni anak tangga ‘menghadap’ datuk mereka, Raissuddin Hamzah untuk sesi ‘kaunseling’.

Ramai yang tunggu perkembangan anak-anak, dekat sini kami akan kongsikan suka, duka, gelak, tawa mereka.. Macam-macam ragam sementara nak besar.

Ini semua hanya teguran seorang atok untuk cucu-cucunya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang sentiasa mendoakan mereka, semoga doa-doa yang baik itu berbalik kepada kamu semua ya.

‘Kalau ibu ada, dia pukul tak?’

Sambil memegang rotan, Raissuddin sempat memarahi dan memberi nasihat kepada cucu-cucunya itu supaya tidak lagi bertengkar antara satu sama lain. Hal itu kerana, pertengkaran adalah satu perkara yang langsung tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa sebaliknya hanya mengeruhkan lagi hubungan baik antara adik beradik.

Kalau ibu ada, dia pukul tak? Korang ni dipanggil anak yatim, tak ada ibu. Kalau daddy mati, dipanggil anak yatim piatu tak ada mak bapa. Korang nak sayang siapa?

Tidak terhenti di situ, Raissuddin turut memberitahu cucu-cucunya kononnya ingin memisahkan mereka bertiga untuk dihantar ke Kepong, Klang dan Ulu Klang. Sebaik sahaja mendengar perkara itu, Matin iaitu anak ketiga Shuib dan Allahyarham Siti Sarah menangis sambil merayu kepada datuknya supaya tidak menghantar mereka ke sana. Ketiga-tiga mereka kemudian meminta maaf dan mengakui kesalahan yang dilakukan selain berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Telatah anak-anak

Sumber: Siti Sarah Raissuddin Dan Ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *