Viral

Pelanggan Tak Bersihkan Meja Selepas Makan Akan Did3nda RM900 Mulai Tahun Depan Di Singapura

Bila berkunjung di restoran, tak sedikit di antara kita yang hanya tinggal meja makan dalam keadaan bersepah dengan sisa makanan. Menganggap kebersihan meja tersebut tanggungjawab pihak premis, maka ramai yang pilih untuk biar meja berselerak begitu saja.
Kalau di Malaysia, mungkin korang boleh terus angkat kaki lepas makan dan tinggal je meja yang kotor tu, tapi tidak di Singapura.

Mulai 1 Januari 2022, pelanggan pusat makanan (foodcourt) dan kedai kopi di Singapura akan dikompaun jika tidak membersihkan meja mereka sebelum pergi dari premis.

Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), ia termasuk tinggalkan tisu terpakai, straw, pembungkus, tin minuman, botol plastik dan sisa makanan.
Peraturan ini akan berkuatkuasa bermula dua bulan dari tempoh makluman dari 1 November hingga 31 Disember. Dalam tempoh ini, tiada tindakan yang akan diambil terhadap pelanggan yang gagal membersihkan meja sebelum meninggalkan premis.

Mei lalu, NEA turut mengumumkan penguatkuasaan yang mengarahkan pelanggan memulangkan semula alat-alat makan di tempat yang ditetapkan serta membersihkan sisa makanan di meja mereka.

Memetik laporan Utusan, pesalah kali pertama akan menerima amaran bertulis manakala pesalah kali kedua akan did3nda S$300 atau kira-kira RM900. Individu yang melakukan kesalahan berulang kali berkemungkinan dihadapkan ke mahkamah di bawah Seksyen 17(1) Akta Kesihatan Persekitaran Awam (EPHA).

Sumber: NEA, Utusan, Siakapkeli

 

(Video) Jalur Gemilang Megah Berkibar Di Bumi Palestin Sempena Hari Merdeka, Tanda Penghargaan Buat Malaysia

 

Umum telah mengetahui bahawa Malaysia merupakan salah satu negara yang paling kerap membantu negara Palestin.

Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat murah hati telah banyak membantu ramai rakyat Palestin yang terkesan akibat peperangan di tanah air sendiri.

Kerana hubungan kerjasama serta sebagai tanda terima kasih daripada rakyat Palestin, bumi Palestin pada hari ini telah dibanjiri dengan kibaran Jalur Gemilang yang menghiasi jalan-jalan di Palestin.

Difahamkan bahawa Jalur Gemilang juga dipasang sebagai tanda penghormatan sempena hari kemerdekaan Malaysia ke-64 yang disambut oleh seluruh rakyat Malaysia pada hari ini.

Dapat dilihat dalam video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama @numanmazlan bahawa terdapat pelbagai jenis saiz Jalur Gemilang yang megah berkibar dan menghiasi jalan-jalan di Palestin.

Video yang dikongsikannya itu telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 50 ribu kali.

Sumber: @numanmazlan,siakapkeli

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *