Viral

“Saya kasi anaklah” – [VIDEO] Hanya Ada RM 2, Warga Emas Tetap Bagi Duit Tolong Gadis Beli Minyak Motor

Kita semua sedar sejak wabak pandemik ni melanda dunia, makin ramai yang kehilangan mata pencarian. Ada yang diberhentikan kerja, ada yang terpaksa menutup perniagaan mereka sebab tiada yang berbelanja.

Selain tu juga, ramai warga emas yang turut kelihatan masih mencari rezeki semata-mata untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Walaupun kebanyakan dari mereka hidup dalam keadaan susah, namun ramai daripada mereka mempunyai keperibadian yang perlu kita contohi.

Kerja penjaga lori.. Ada masalah pendengaran

Dalam satu perkongsian yang menjadi perhatian baru-baru ini, viral tindakan seorang warga emas ini yang boleh mengajar kita erti bahawa rezeki tak pernah salah alamat.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh @fitry.care, menunjukkan situasi di mana gadis ini ketika itu membuat khidmat delivery di sekitar daerah Bentol di Tawau, Sabah. Namun secara tiba-tiba, motosikal dinaiki mati sebab kehabisan minyak lalu bertemu dengan seorang pakcik.

Pakcik tersebut yang bekerja sebagai penjaga lori, menanyakan kepada Fitry mengenai keadaan motosikalnya lalu memberitahu apa terjadi. Namun warga emas itu memberitahu bahawa dia kurang dengar penjelasan Fitry, sebelum memakai alat pendengarannya.

Pakcik Bagi Duit 1
Ada RM 2 untuk beli kuih.. Bagi untuk beli minyak

Beberapa ketika kemudian, Fitry yang terlupa untuk bawa duit meminta pertolongan lelaki tersebut untuk meminjamkan RM 2 kepadanya. Tanpa berfikir panjang, dia terus periksa poketnya dan mengeluarkan wang tersebut.

Namun tanpa disangka, nilai RM 2 tu sajalah yang dimiliki olehnya tapi tetap berikannya kepada gadis tersebut. Menurut pakcik itu, duit tersebut untuk membeli kuih tapi dia tetap beri untuk Fitry beli minyak.

Selepas itu, gadis berkenaan berjumpa kembali pakcik tersebut dan membalas jasanya dengan memberi wang yang berlipat ganda dari apa diberinya pada awal tadi. Terus senyum pakcik tu.

Posting menyentuh hati tersebut, sehingga kini telah meraih lebih dari 480k tontonan di TikTok.

“Klau dh kata sifat seorang ayah dia xkan berkira”

Menjengah ke ruangan komen, nyata situasi dikongsikan itu mengundang rasa sebak pada rata-rata netizen yang melihat. Di samping itu juga, ramai yang menganggap tindakan pakcik tersebut betul seperti seorang ayah yang tak nak anaknya kesusahan.
Reak Pakcik Bagi Duit 4 Edit

Reak Pakcik Bagi Duit 3 Edit

Reak Pakcik Bagi Duit 2 Edit

Reak Pakcik Bagi Duit 1 EditSumber: TikTok

Ahhh sedihnya tengok.. Semoga urusan pakcik ni sentiasa dipermudahkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.