Viral

“Dah Buat Ujian Kesuburan, Boleh bg RM1 Juta Sbln” – Bekas PA Dedah DS Vida Nak Sebenarnya

GOSIP cinta membabitkan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadi iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli terus menarik minat netizen di laman sosial.

Menafikan khabar angin tersebut, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata sehingga kini dia masih belum terfikir untuk kembali memegang status isteri orang.

Menurut Vida, 50, dia masih trauma dengan perkahwinan terdahulu dan perlu lebih berhati-hati dalam memilih bakal suami.

“Memang ramai yang nak tengok saya berpasangan, mereka kata apabila berkahwin itu akan melengkapkan kehidupan saya.

Saya Akan Cari Yang Sama Level

Vida nafi bakal berkahwin dengan bekas pekerja.

“Tak kurang juga ada pengikut minta saya tumpu pada anak-anak sahaja. Sejujurnya pilihan ke arah hidup berpasangan itu memang ada.

“Tapi saya takut, rasa trauma dengan perkahwinan dahulu. Itu membuatkan saya lebih berhati-hati… nak kata serik pun ya juga,” katanya kepada mStar.

Pada Rabu lalu, tular rakaman siaran langsung di laman Instagram antara Vida dan rakannya Datuk Seri Aliff Syukri.

“Kalau ada jodoh sekalipun saya nak cari yang level-level saya, maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course!”

Iqbal Akhirnya Luah Apa yg Berlaku

Selepas dikaitkan dengan jutawan tersebut, Iqbal, 27, akhirnya tampil menjawab beberapa spekulasi dan mempersoalkan mengenai kriteria calon suami yang dinyatakan oleh Vida.

“Saya ada baca syarat-syarat bakal suami yang dia mahu… tapi saya pun keliru.

Dia kata mahu lelaki yang sama level dan seusia dia tapi kalau ingat dulu dia pernah kata mahu yang muda, sekarang taste lain pula.

“Kalau nak cakap fasal kaya… saya akui saya tidaklah terlalu kaya tapi sekarang ini saya sedang bekerja keras ke arah itu dan kewangan jauh lebih baik daripada dulu.

Kalau setakat nak tanggung dia saya masih mampu, sebulan RM1 juta pun InsyaAllah masih boleh.

“Sejujurnya saya pun tak tahu hati dia terhadap saya macam mana, dia seolah-olah tak nak mengaku perasaan itu.

Saya tahu dia nak kahwin tapi tak yakin,” katanya kepada mStar.

Dah siap buat ujian kesubura

Iqbal akui sudah mampu beri nafkah zahir dan batin.

Menerusi laporan mStar pada Jumaat, Vida memberitahu dia mahu seorang suami yang sama ‘level’ termasuklah memiliki pengalaman, usia dan sumber kewangan yang kukuh.

Ditanya mengenai status hubungannya dengan usahawan berasal dari Kelantan itu, Iqbal berkata mereka masih berkawan baik, namun mengakui soal hati masih tiada jawapan sehingga kini.

“Saya dapat rasakan untuk kami melangkah ke alam perkahwinan memang tak boleh sebab dia perlu fikir anak-anak dan banyak hati kena jaga.”

AHMAD IQBAL

“Hubungan kami pernah bermasalah pada tahun 2017, tapi sekarang ni kami baik dan rapat semula.

Setiap hari kami berhubung melalui panggilan telefon, berborak mengenai pekerjaaan dan hal peribadi.

“Tapi sejauh mana hubungan istimewa itu saya pun tak tahu, dia tak pernah mengakui tentang hal itu… sejujurnya hati saya terhadap dia masih sama.

“Biarlah saya berterus terang, pada tahun 2018 kami hampir berkahwin, dia pun dah jumpa famili saya dan kami pun dah buat ujian kesuburan.

Kami berdua okay untuk teruskan ke fasa baharu tapi niat itu tak kesampaian dan saya reda sahaja,” ujarnya.

Dah siap buat ujian kesubura

Iqbal masih ada perasaan terhadap Vida.

Enggan lagi terus meletakkan harapan, Iqbal pasrah jika dia dengan Vida hanya ditakdirkan sebagai kawan.

Ini kerana dia memahami situasi penyanyi lagu I Am Me itu yang perlu menjaga hati banyak pihak jika memilih untuk mengakhiri zaman janda.

“Saya dapat rasakan untuk kami melangkah ke alam perkahwinan memang tak boleh sebab dia perlu fikir anak-anak dan banyak hati kena jaga. Saya tahu dia trauma dengan perkahwinan sebelum ini.

“Saya pun tak mahu putus kawan, biarlah kami terus berkawan macam biasa.

Kalau kita teruskan ia akan jadi lebih complicated… sayang itu ada tapi saya sedar jika saya saja terhegeh-hegeh pun tak akan jadi apa.

“Saya pun tak nak orang kata saya menumpang dia. Saya takut menunggu tapi hujung-hujung tak jadi apa! Kalau ada jodoh, ada la,” katanya.

Dalam rakaman video itu, Aliff mengusik Vida kononnya usahawan itu akan berkahwin dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Ini bukanlah kali pertama kerana sebelum ini Vida dan Iqbal pernah menjadi perbualan hangat netizen pada tahun 2017.

Saya Akan Cari Yang Sama Level

Vida utamakan anak-anak dan keluarga.

Namun kedua-duanya menafikan mengenai khabar angin tersebut dan menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar pekerja dan majikan.

Sementara itu, menerusi Instagram, Vida berkata dia mahu mencari bakal suami yang setaraf dan memiliki kewangan yang kukuh.

“Buat masa ini saya tak terfikir pun nak kahwin lagi. Anak-anak, keluarga dan perniagaan merupakan keutamaan saya.

“Kalau ada jodoh sekalipun saya nak cari yang level-level saya, maksudnya daripada segi umur, pengalaman, kaya of course (semestinya),” ujarnya.

Vida sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali, namun semuanya berakhir dengan penceraian.

Hasil perkahwinan pertama dengan Mohd Amin Yasin mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Bagaimanapun, anak pertama dan kedua mereka meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah pada 3 Ogos 2013.

Vida kini membesarkan dua lagi anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali sebagai Cik B, 16, dan Eric Zaquan, 14.

sumber:mStar,kotakmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *