Viral

PDRM Berltahu Apa Yang Jadi Lepas Tahan Pasangan Bvat Soslal Experlmen Kedai Makan

Tindakan sepasang suami isteri melakukan ‘eksperimen sosial’ dengan memasuki beberapa kedai serbaneka dan dine-in di restoran meskipun belum melengkapkan dua dos vaksin akhirnya membawa padah apabila mereka ditahan polis semalam.

Padah buat ‘eksperimen sosial’

Memetik laporan Kosmo, pasangan suami isteri yang berusia 35 dan 36 tahun itu ditahan selepas pihak polis menerima aduan berhubung tindakan mereka yang viral di media sosial. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, penahanan tersebut dilakukan sekitar jam 5 petang semalam di kediaman mereka yang terletak di Bandar Baru Putera 2, Selangor.

Pemilik akaun juga turut memuat naik kenyataan yang telah mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam. Kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil polis.

 

Menurut sumber, kes ini disiasat mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

Dalam kesempatan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membendung penularan Covid-19.

Sumber: Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.