Viral

Wanita tolak vaksin, selamba bawa anak ‘dine-in’ dekat kedai, bangga tayang kejayaan di media sosial

Pengumuman kerajaan yang membenarkan aktiviti dine-in di restoran di negeri-negeri Fasa 1 berkuasakauasa 20 Ogos 2021 yang lepas telah mendapat reaksi positif dari orang ramai.

Walau bagaimanapun, kebenaran itu tertakluk pada SOP di mana pemilik kedai makan perlulah memeriksa sijil digital vaksin memastikan individu terbabit telah menerima vaksinasi lengkap sebelum membenarkan mereka makan di restoran.

Bagaimana pula dengan golongan yang menolak vaksin? Setelah diumumkan oleh kerajaan semua individu yang hendak memasuki premis perniagaan, kedai makan serta masjid memerlukan 2 dos yang lengkap, ada pula yang cuba untuk ambil kesempatan.

“Saja nak test, saya buat social experiment

Menerusi paparan tangkap layar yang dimuat naik di Twitter, seorang wanita dilihat berkongsikan hasil social experiment yang dilakukannya baru-baru ini untuk mendapatkan perkhidmatan runcit dan dine-in tanpa mendapatkan suntikan vaksin.

Menurut wanita tersebut, tiada semakan sijil digital vaksin telah dilakukan sebelum dia dibenarkan memasuki mana-mana premis berkenaan.

“Cian my hubby”

Bagaimanapun suaminya dikatakan gagal untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di dua buah kedai atas alasan yang sama, sebelum berjaya dalam cubaan yang ketiga.

Berjaya melepasi ‘halangan besar’ untuk golongan anti-vaksin, wanita tersebut dilihat berbangga berkongsikan kelicikannya melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

“Dah la tak ambil vaksin, siap postdekat social mediapula tu”

Perkongsian tersebut membuatkan ramai netizen ‘panas’ dengan tindakan wanita tersebut yang secara terang-terangan melanggar SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan membahayakan keselamatan lain.

“Kesian anak dapat parents macam ni”

Status yang dimuatnaik oleh wanita itu di Facebooknya bagaimanapun telah tidak dapat diakses oleh orang ramai setelah wanita itu menukarkan status tersebut ke mod peribadi.

Sumber : Twitter @pedoqpop, Omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.