Viral

Ramai peminat wanita ‘patah hati’, Remy Ishak mohon maaf

Pernikahan pelakon kacak, Remy Ishak dengan pilihan hatinya, Ezza Yusof semalam sememangnya disambut dengan begitu gembira oleh para peminat.

Walaupun majlis pernikahan berjalan dengan ringkas dan hanya diadakan di masjid sahaja, ia tetap terlihat sempurna berikutan perkara wajib yang sudah lama tertangguh dapat dilangsungkan dengan lancar.

Minta maaf kalau ada yang betul2 patah hati

Menerusi media sosial, banyak  video dan luahan-luahan nakal peminat wanita yang mengakui patah hati dengan perkahwinan hero pujaan mereka.

Jadi, Remy menerusi Instagramnya telah memohon maaf kepada semua andai benar-benar ada yang patah hati dengan pernikahan tersebut.

Terhibur dengan gurauan peminat

Menurut jejeka berusia 39 tahun itu, dia menerima banyak mesej dari kawan-kawan dan keluarga yang menghantar video luahan ‘patah hati’ peminatnya yang begitu kreatif.

Pelakon itu beranggapan peminatnya hanya bergurau dan mengakui terhibur menonton video-video tersebut.

Akan sentiasa hiburkan dengan lakonan

Jadi, dia berharap agar mereka terus menyokongnya kerana berjanji akan tetap menghiburkan mereka dengan projek-projek lakonannya pada masa akan datang.

Pelakon kelahiran Melaka itu juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat yang setia bersamanya sampai ke hari ini.

Remy Ishak dan Ezza Yusof telah selamat melangsungkan pernikahan pada Sabtu 21 Ogos 2021 setelah 9 tahun mengenal hati budi masing-masing.

Pada 2017, mereka pernah bertunang dan 2019 dikhabarkan ikatan tersebut terlerai. Namun, jodoh yang masih kuat membuatkan mereka tetap bersama hingga sah bergelar suami dan isteri.

Sumber: Instagram Remy Ishak, Omm

 

Remy Ishak akui berdebar walau dah ‘praktis’ banyak kali dalam drama

Pelakon kesayangan ramai, Remy Ishak bakal menamatkan zaman bujang dengan buah hati pilihannya, Ezza Yusof pada hari ini. mereka bagaimanapun pernah putus tunang pada tahun 2019. namun cinta mereka bercantum kembali.

Menerusi satu tweet yang dikongsikan oleh Remy Ishak, dia dikatakan memberi semangat kepada dirinya yang berasa gemuruh sebelum akad nikah berlangsung.

Perkongsian luahan hatinya itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah dan selamat kepada pelakon pujaan ramai wanita itu.

Manakala terdapat ramai peminat wanita yang meluahkn rasa sedih atas berita perkahwinan ini. Walau bagaimanapun mereka juga tumpang gembira atas mahligai cinta yang dibina ini.

Remy ishak dah kahwin jom cari ‘remy maghrib’

Aku yang tersakiti

Sementara itu, Remy Ishak turut berkongsi perasaan sedihnya kerana pernikahan ini tidak diiringi ahli keluarga tersayang ekoran pandemik yang melanda saat ini.

Sumber: Twitter @remy_ishak, Omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.