Viral

Poster ‘terima kasih’, netizen tak senang lihat wajah Wan Fayshal lagi besar dari atlet

Peletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri semalam telah membuatkan seluruh kabinet di bawah Perikatan Nasional (PN) juga ‘tumbang’.

Jadi, semua menteri dan timbalan menteri yang berada di dalam kabinet kerajaan PN telah memuat naik ucapan terima kasih diatas kepercayaan rakyat memberi ruang untuk mereka berbakti dan meminta maaf andai berlaku kekurangan sepanjang mereka berkhidmat.

Poster ucapan terima kasih jadi perhatian

Pelbagai video dan poster dikeluarkan sebagai bentuk apreasiasi  kepada khidmat bakti mereka sepanjang setahun lebih menjawat jawatan tersebut.

Salah satu yang menjadi perhatian netizen adalah poster ‘terima kasih’ kepada bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayshal Wan Kamal yang dilihat agak ‘menarik’ sehingga menjadi bualan ramai.

Atlet yang berjuang kot

Rata-rata berasa kurang senang melihat wajah bekas timbalan menteri itu berada paling hadapan dengan wajah paling menonjol berbanding atlet-atlet negara yang telah mengharumkan nama Malaysia.

Aduhhh besar sangat gambar tu

Kenapa gambar dia paling depan?

Ada juga yang masih tertanya-tanya

Ramai yang belum kenal lagi

Apa sumbangan dia?

Tetap ucap terima kasih kepada teamKBS

Namun begitu, menerusi laman sosialnya, beliau tetap mengucapkan selamat maji jaya buat wirawan dan srikandi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menjayakan agenda pembangunan KBS. Wan Fayshal turut mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala kerjasama, sumbangan dan pengorbanan semua

Semalam, lanskap politik negara kembali berubah apabila perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan susulan kehilangan majoriti sokongan selepas parti UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Jadi, menteri dan timbalan menteri di bawah PN terpaksa juga meletak jawatan dan hal tersebut berlaku sebelum pengumuman peletakkan jawatan sebagai PM dilakukan.

Sumber: Twitter @MSNMALAYSIA, @wanfayshal, Omm.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.