Viral

Shuib Merayu Agar Padam Gambar dan Video Arwh lstrinya Selepas Ramai yg Sebarkan

Sebelum ini, Shuib ada menceritakan mengenai pemilihan nama anak keempat mereka, Ayash Affan.

Shuib berkata nama itu dipilih oleh arwh isterinya yang diambil sempena nama pejuang di G4za yang matl syahid.

“Arwh beriya-iya mahu nama Ayash Affan. Saya cakap nama ini tidak sesedap seperti pilihan nama anak pertama, Uwais Alqarni yang dipilihnya.

“Ikutkan, kami bergilir memberi nama ank. Sepatutnya, nama ank keempat giliran saya.

Namun, arwah berkeras mahu letak nama pangkal pertama, Ayash. Namun, nama Affan adalah pilihan saya.

Lalu, digabungkan nama menjadi Ayash Affan.

“Nama Ayash diberi sempena salah seorang pejvang Ham4s di Wilayah G4za yang matl syahid.

Ayash juga hadiah terakhir paling bermakna untuk saya daripada arwah. Saya akan kenang detik ini, sekali gus menjaga dan membesarkan empat cahaya mata dengan baik,” katanya

Dan selepas melahirkan anak keempat, Shuib nampak ia bagaikan ada kebenaran di sebalik gelaran yang dia berikan.

“Saya yakin dan pasti arwah pasti mencium bau syurga, insya-Allah. Saya berdoa Allah meletakkan arwh isteri di tempat yang paling baik.

“Sedih, saya adalah orang paling bersedih atas kehilangan kekuatan hidup saya.

Namun, saya reda dengan ketentuan takdir. Saya bersyukur sempat mengajar arwah mengucap kalimah syahadah sebelum tutup mata,” katanya kepada BH Online.

Shuib Sepahtu juga telah memuat naik sebuah video nyanyian terakhir isterinya Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di saluran YouTube awal pagi Jumaat.

Menerusi video berdurasi tiga minit itu, arwah sambil bertelekung menyanyikan lagu berjudul Tanpa Kekasihku yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Agnes Monica.

Seperti biasa, Allahyarham menyanyikan lagu berkenaan dengan penuh emosi.

“Lagu terakhir nyanyian bidadari ku, 28 Julai 2021,” tulis Shuib mengiringi perkongsian berkenaan.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, Shuib berkata, nyanyian Allahyarham sangat berbeza seolah-olah ingin cuba menyampaikan sesuatu.

Sara sndiri yg pilih nama ayash

Komen Shuib di video lagu berkenaan.

“Assalammualaikum semua… sengaja saya kongsikan video ini sebab saya takut video ni hilang dari simpanan. Jadi saya abadikan di dalam Channel ini.

“Ini lagu terakhir nyanyian arwah pada 28 Julai lalu.

Arwah yang beria-ria minta saya record dia menyanyi, ternyata semasa saya record video ini.

Saya merasakan satu perasaan yang sangat-sangat lain cara pandangannya, cara nyanyiannya.

Cara arwah luahkan hati dan perasaan ketika menyanyikan lagu tersangat-sangat istimewa.

“Bila di amati bait lirik, ternyata ada sesuatu arwah cuba sampaikan… InsyaAllah arwah kini tenang di syurga,” katanya.

Lagu terakhir nyanyian bidadari ku, 28 Julai 2021

SHUIB SEPAHTU

Sehingga kini video yang dimuat naik kira-kira pukul 2 pagi Jumaat itu menerima lebih 100,000 tontonan dan 1,000 komen.

Rata-rata netizen turut tersentuh dengan nyanyian arwah apabila lirik lagu tersebut seolah-olah ditujukan buat suaminya.

“Biar semua tahu kematian tak mengakhiri cinta”

“Apalah erti hidup tanpa kekasihku. Percuma ku ada di sini”

“Pukul 2 pagi abang Shuib post video ni. Walaupun tak berada di tempat abang Shuib tapi saya faham jauh di sudut hatinya sakit.

“Semoga abang Shuib dan keluarga diberikan ketabahan untuk menghadapi ujian ini. Sesungguhnya… Allah rindu,” ujar seorang netizen.

Shuib Mohon Buang Gambar Dan Video Siti Sarah 

Pelawak dan usahawan, Shuib memohon ramai untuk tidak memuat naik foto atau video isteri Allahyarham Isterinya, penyanyi Siti Sarah yang tidak menutup aurat di media sosial.

Bapa kepada empat cahaya mata ini turut memohon jasa baik agar tidak berkongsi hal kebaikan yang pernah dilakukan arwah secara berlebih-lebihan.

Shuib mohon padam gambar

“Assalammualaikum semua, saya ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang mendoakan Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, bidadari syurga saya.

“Tapi saya ada permintaan, di mana saya mohon pada semua untuk tidak mengeluarkan lagi gambar atau video arwah yang tidak menutup auratnya dengan sempurna.

“Saya juga mohon pada yang termuat naik di media sosial untuk keluarkan kembali video atau gambar tersebut.

“Dan saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarhamah secara berlebih-lebihan,” jelasnya.

Shuib mohon padam gambar

Shuib mohon padam gambarPerkara itu dikongsikan Shuib menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.

Shuib pada masa sama mendedahkan, adalah lebih baik untuk berserhana dan setiap yang dilakukan.

“Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. InsyaAllah semoga kita diberkati dan dirahmati Allah SWT,” tulisnya lagi.

Sekadar info, Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.

Shuib mohon padam gambar

Shuib mohon padam gambar

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Arwah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan secara pra-matang, minggu lalu.

Peminat BlckPink Mohon Maaf

Baru-baru ini memang ada Shuib Sepahtu buat live dan dalam siaran langsungnya itu, adalah juga dia kongsikan tentang betapa pentingnya kita mengidolakan Nabi Muhammad.

Dan bukannya ahli kumpulan K-Pop BTS mahu pun Blackpink.

Bagaimanapun, tindakan Shuib itu disalah erti buat segelintir peminat tegar malah ada yang lantang menyuarakan pendapat mereka di laman sosial.

Jika diikutkan, teguran Shuib adalah bersifat matang, tidak beremosi selain mengajak anak muda kini mengidolakan sesuatu yang pastinya akan beroleh pahala.

Melalui satu akaun di Instagram dengan nama Raptorpool, beberapa post dengan kata-kata kesat telah dilemparkan.

Mungkin timbul rasa sesaI

Perkara ini sekaligus menimbulkan rasa marah di kalangan netizen lebih-lebih lagi ia tidak mengambil kira keadaan Shuib yang baru kehilangan isteri tercinta.

Mungkin timbul rasa sesal, satu video permohonan maaf telah dimuatnaik melalui akaun yang sama.

Dalam video tersebut, seorang lelaki dengan pakaian lengkap bertemakan kumpulan Blackpink telah memohon maaf dengan sepenuh hatinya.

Mungkin timbul rasa sesaI

“Saya ingin memohon maaf atas keterlanjuran mengeluarkan kata-kata kesat beberapa hari lepas kepada abang Shuib dan arwah Siti Sarah Raissuddin.

Ia ekoran sikap saya yang tidak bertanggungjawab”

“Saya juga menerima kecaman daripada netizen yang mengaibkan keluarga dan kawan saya, mereka tidak bersalah.

Dengan video ini, saya membuat permohonan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki”

“Saya akan perbaiki dan berhati-hati untuk mengeluarkan kata-kata selepas ini.

Harap abang Shuib dapat menonton video ini sekali gus memaafkan perbuatan saya.

Yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang daripada saya,” jelasnya.

Itulah dia, terlajak perahu boleh tarik lagi, kalau dah terlajak kata, buruk padahnya. Cukuplah perkara sebegini menjadi contoh agar tidak berulang.

Netizen memberi pelbagai reaksi terhadap permohonan maaf dari peminat blackpink tersebut :

Mungkin timbul rasa sesaIMungkin timbul rasa sesaIMungkin timbul rasa sesaIMungkin timbul rasa sesaIMungkin timbul rasa sesaIMungkin timbul rasa sesaI

Minat sangat pun, tak bawa ke mana. Tak salah nak minat tapi biar berpada dan jangan terlalu terbawa dengan emosi.

Sumber Media Hiburan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *