Viral

Satu keluarga kant0i sewa ambulans swasta untuk pulang ke kampung. Terkejut ini jumlah penumpang yang ada dalam tu.

Setelah berbulan-bulan rakyat Malaysia dikenakan sekatan untuk merentas daerah masih ada yang cuba-cuba untuk melakukan perkara tersebut dengan pelbagai alasan dan cara.

Bak kata pepatah, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Itulah yang terjadi kepada sekeluarga daripada Temerloh yang tular di media sosial baru-baru ini gara-gara taktik ‘licik’ mereka untuk pulang ke kampung di Gemas, Negeri Sembilan.

Menurut posting di laman Facebook tersebut, difahamkan seorang wanita berusia 30 tahun telah menyewa sebuah ambulans swasta dan membawa bersama ibu dan dua orang anaknya. Dikhabarkan rancangan mereka berjalan lancar sehinggalah ambulans berkenaan ditahan di sebuah sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Tanjung Belenggu, Temerloh.

Difahamkan juga, dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu wanita berusia 30 tahun berkenaan ditahan bersama ibunya yang berusia 70 tahun dan didapati turut membawa dua anak berumur 10 bulan dan enam tahun menaiki ambulans berkenaan.

Menurut posting berkenaan, wanita tersebut dikatakan telah menyewa ambulans swasta itu dengan kadar bayaran RM1,300, sebelum ambulans berkenaan datang mengambil mereka di Taman Bahagia untuk ke Negeri Sembilan sebelum ditahan di SJR.

Kes ini turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusof yang berkata, pihak polis menahan empat individu iaitu dua penumpang wanita dan juga dua lelaki yang merupakan pemandu dan pemandu kedua ambulans di SJR berhampiran Kampung Belenggu di sini.

“Ketika pemeriksaan kesemua mereka gagal mengemukakan surat kebenaran daripada polis” Menurut Mohd. Azhar lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, selain siasatan lanjut mengenai isu ini masih giat dilakukan.

Difahamkan kertas siasatan juga akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Haritu ada kes orang cuba berenang, kalini… sewa ambulans pulak… Macam-macam!

 

Lain sangat dengan Malaysia. Inidividu ini dedah cara China kawal Covid 19. Terkejut hanya sebab 1 kes China terus buat lockdown.

Meskipun pernah menjadi negara pertama yang menjadi punca penyebaran wabak COVID 19 ke seluruh dunia, China nampaknya kini semakin berjaya mengawal wabak tersebut dari terus merebak ke pelusuk lain di negaranya.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok Vincent Lee, dia membandingkan cara pengurusan wabak COVID 19 di Malaysia dengan negara China yang jauh lebih tegas dan tersusun hingga berjaya mengekang virus itu terus merebak.

Satu kawasan jadi ‘red zone’ hanya kerana 1 kes COVID 19 

Vincent menerusi videonya telah memaparkan sebuah kawasan berisiko tinggi yang mana lockdown telah dilaksanakan di sana kerana wujud satu kes positif. Di kawasan yang menempatkan lebih 30 blok apartmen itu,

kesemua kedai-kedai yang berdekatan telah diarahkan tutup dan mereka juga mempunyai kawasan checkpoint yang mana ia menjadi satu-satunya pintu keluar masuk ke dalam kawasan itu.

Dek kerana kerajaan terlalu tegas dengan undang-undang mengekang wabak ini, penduduk di sana memang akan patuh dengan peraturan ditetapkan.

Malah tak cukup dengan itu, pihak kerajaan juga katanya akan membuat ujian COVID 19 secara berterusan di kawasan berisiko tinggi hingga mereka yakin untuk tarik semula perintah lockdown di kawasan itu. @cardevect

“Ni baru betul lockdown” 

Video tersebut mendapat pelbagai respon warganet yang berharap kerajaan Malaysia menjadikan situasi di China sebagai contoh untuk melakukan lockdown secara betul dan dapat menurunkan kes COVID 19.

Sumber: TikTok

Apa-apapun diharapkan bukan saja kerajaan yang perlu lebih tegas dalam penetapan undang-undang berkaitan PKP, rakyat juga pada masa yang sama perlu patuh dengan peraturan yang ditetapkan. Semoga negara kita pulih dari wabak ini tidak lama lagi.

Biar betul kit ujian hanya ambil masa 10 ke 15 minit untuk dapat keputusannya. Ianya akan mula dijual mulai tarikh ini dan ini cara bacaannya.

Kit ujian kendiri pantas antigen COVID-19 buatan Malaysia akan dijual kepada orang awam pada 19 Julai ini, kata MeDKAD Sdn Bhd (MeDKAD). Memetik laporan portal Berita Harian, kit tersebut yang digelar ‘Kit Ujian Pantas Antigen Salixium COVID-19’ merupakan yang pertama dihasilkan di Malaysia. Menurut Pengurus Projek MeDKAD, Syahriah Razak, kit terbabit dapat mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2 dalam air liur manusia dan persampelan melalui hidung. Difahamkan, kit itu hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit untuk dilakukan.

“Kewujudan antigen akan ditentukan melalui jalur berwarna merah jambu atau ungu pada kit. Sekiranya sampel tidak mempunyai antigen SARS-CoV-2, tiada jalur warna yang akan muncul, jadi, hasil ujian adalah negatif. Sebagai pengawalan prosedur, jalur warna yang kelihatan pada kit mengesahkan persampelan yang betul tanpa mengira sama ada wujud atau tidak antigen SARS-CoV-2 dalam sampel,” katanya.

Menerusi hasil kajian, sebanyak 242 sampel air liur atau calitan hidung diuji dengan kit ini dan keputusannya menunjukkan sensitiviti kit ini berada pada tahap 91.23 peratus. Ketepatannya pula difahamkan adalah 100 peratus. Selain Malaysia, MeDKAD merancang untuk menembusi pasaran di negara lain di Asia, Asia Barat dan Eropah. Untuk info, Salixium juga digunakan secara meluas di Perancis, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) terutama sekali di Dubai.

Sumber: Berita Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.