Viral

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada peninggalannya” Shuib

“Favourite telekung ever (telekung paling digemari). Jadi, memang tidak akan dibasuh,” kata pelawak dan pelakon popular, Shuib, 37, yang juga suami Allahyarham penyanyi Siti Sarah.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata, telekung kegemaran yang selalu dipakai Allahyarham isterinya itu dianggap peninggalan paling berharga.

“Dia memang suka telekung ini dan jarang pakai telekung lain.Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada peninggalannya .Insya-Allah akan mengikut ke mana-mana,” katanya.

Dalam masa sama, Shuib turut berkongsi bagaimana dia kini menyesuaikan diri dengan ketiadaan isteri di sisi yang meninggal dunia, Isnin lalu.

Menurut Shuib, semua yang berlaku umpama mimpi, namun dia sudah mula membiasakan diri.

“Apabila saya bangun dan buka mata, turun bawah (rumah), saya sedar semua ini bukan mimpi, ini betul. Dia sudah tiada.

“Ini kerana kita tahu kalau orang itu jauh, dia masih di Malaysia, masih boleh jumpa. Namun, Siti Sarah sudah tiada di muka bumi ini,” katanya.

Sumber : Hmetro

“Sempat pindahkan semua wang” Ibu tiri kenang permintaan terakhir arwah

Kuala Lumpur: “Pada hari dia dibawa ke hospital, arwah minta saya pindahkan semua wan dalam akaun peribadinya ke akaun bank saya,” kata ibu tiri Allhyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 34.

Siti Fatimah atau mesra disapa Makde berkata, Allahyarham memberi bayangan akan menlnggalkan keluarga butt selama-lamanya, namun ia hanya disedari selepas pemergiannya, Isnin lalu.

Siti Fatimah berkata, pada awalnya dia tertanya-tanya mengapa Siti Sarah memintanya berbuat demikian.

“Ketika rnenunggu ketibaan arnbulans datang ke rumah untuk membawanya ke h0spital, dia hantar mesej kepada says dan minta saya berbuat demikian

“Saya tanya untuk apa transaksi ini, dia maklumkan dia akan ke hospital untuk menerima rawatan. Namun, ketika sedang s4kit dan sebelum ditidurkan, dia minta say a untuk sedekahkan wang RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun saya itu.

”Dia jugs bertanya adakah jumlah its mencukupi, kemudian saya beritahu terpulang. Alhamdulillah saya sudah tunaikan amanah yang dia beri untuk saya sedekah kepada insan yang memerlukan: katanya.

Menurut Siti Fatimah, Siti Sarah jugs pernah rnernberitahunya dia mahu berehat pada bulan Ogos.

“Arwh juga ada beritahu mahu mencari pengganti yang boleh menggantikan wajahnya dalam tiga produk pada Mei lalu. Ini kerana dia mahu berehat pada Ogos. Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat.

Dalam pada itu, Siti Fatimah yang juga rakan kongsi perniagaan menerusi syarikat Ratasya Empire Sdn Bhd yang beroperasi di Puchong, Selangor berkata, dia terkejut degas sambutan luar biasa dan peningkatan jualan perniagaan diusahakan sejak beberapa had ini.

 

“Alhamdulillah peningkatan jualan sangat mengejutkan saya dan kakitangan. Bayangkan, ada ejen tidak aktif kembali rancak menambah produk selepas mendapat permintaan tinggi.

”Paling lads ialah jubah yang dipakai arwah. Kami ada menambah keluaran pada Aidiladha lalu dan permintaan sangat menakjubkan.

“Ada juga ejen memaklumkan yang mereka mahu membeli jubah kerana mahu dijadikan kenangan dan mengikut jejak arwah suka bersedekah: katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *