Viral

Allahuakbar .. 450 Anak Tahfiz Indonesia Buat Majlis Khatam Al-Quran Buat Siti Sarah

Terlalu ramai yang menyayangi dan mengasihi Allahyarham Siti Sarah. Pengakhiran hidupnya dicemburui ramai kerana sangat indah.


Ribuan orang menitipkan doa buatnya selain bacaan Yasin setiap hari sejak perkhabaran berita mengenainya hingga ke akhir nafas Siti Sarah.
Semalam suami Allahyarham, Shuib telah berkongsi sebuah video solah jenazah ghaib diadakan buat arwah isterinya di Masjidil Haram, Mekah oleh hampir 300 jemaah.


Hari ini pula, dikhabarkan seramai 450 orang anak tahfiz dan anak yatim Pondok Pesantren Nurul Huda Bandung, Indonesia telah melakukan majlis khatam al-Quran dan tahlil buatnya di bawah pimpinan Ustaz Mansyur.

Pemergian Siti Sarah membuka mata ramai orang. Terlalu banyak pengajaran dan pelajaran yang kita perolehi.
Apa yang pasti, ianya semua yang baik-baik belaka.

Semoga Allah tempatkan Allahyarham Siti Sarah dalam kalangan mereka yang beriman dan di syurga yang paling tinggi-

Sumber:wowberita

 

Allahuakbar. Ramai Rupanya Yang Perasan Awan Berbentuk Kalimah ALLAH Semasa Jenazah Siti Sarah Dikebumikan

” Insya-Allah, kalau ada rezeki, esok saya akan ke HCTM untuk melihat Ayash Affan buat pertama kalinya.

Demikian kata-kata suami kepada Allahyrham Siti Sarah, Shuib memaklumkan akan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bertemu bayinya, Ayash Affan buat pertama kali, esok.

Shuib berkata demikian dalam majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk arwah isterinya yang berlangsung secara virtual, malam tadi.

” Anak-anak pun asyik bertanya. Insya-Allah, kalau ada rezeki esok, saya tak sabar nak tengok dia, pegang dia,” katanya.

Berkongsi mengenai hari pertamanya tanpa isteri kesayangan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad tidak menafikan rasa rindu adalah satu perasaan yang berat untuk digambarkan.

” Hari ini, hari pertama di mana saya rasa, memang tipulah kalau saya cakap saya okay.

” Memang satu keadaan yang sangat pelik sebab sebelum ini, walaupun dia tak ada di rumah, tapi sekurang-kurangnya, saya tahu dia ada di hospital.

” Tapi, (hari ini) bila saya turun ke bawah, saya tahu dia memang dah tak ada.

” Cuma, itulah. Bila dihimpit rindu, bila rindu menjengah, jadi ia sesuatu yang agak berat. Insya-Allah, masa akan mengubati dan rindu akan kekal selamanya,” katanya.

Shuib juga turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang mengambil berat akan dirinya dan memaklumkan bahawa dia dalam keadaan baik.

” Saya sebenarnya sangat bertuah sebab ramai kawan-kawan yang luar biasa dengan kasih dan sayang.

” Ramai WhatsApp dan mesej saya, minta saya supaya kuat. Jangan risau. Saya sangat reda,” katanya.

‘Matin rindu ibu’

Berkongsi mengenai keadaan ketiga-tiga anaknya, Shuib berkongsi mengenai soalan-soalan ‘cepumas’.

” Anak yang ketiga, Ariq Matin anggap perut ibu dia umpama bantal. Semalam, saya tidurkan dia dekat bawah ketiak saya. Saya ingat dia dah tidur sebab diam saja.

” Tiba-tiba, dia bersuara, ‘Matin rindu ibu’. Itulah antara cabaran sebagai bapa. Itu memang lumrah manusia untuk rasa rindu,” katanya.

Majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual itu disertai lebih 600 pelayar diketuai oleh PU Hafiz Haneefa dan Anak-anak Tahfiz dari PITAS,Permata Al-Quran dan Majlis Belia Tahfiz Malaysia.

Turut serta, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah, media serta rakan-rakan artis.

Terdahulu, Shuib berkongsi detik mnyayat hati di mana beliau perlu menyampaikan berita pemergian arwh kepada anak-anak, selesai pengebumian isteri, petang Isnin.

” Sebaik sampai, saya naik ke bilik untuk membersihkan diri.

” Saya mandi sangat lama, terlalu lama. Selesai mandi, saya turun untuk makan. Kebetulan, azan Asar berkumandang, jadi saya naik semula untuk ambil wuduk.

” Tiba-tiba bapa mentua (Raissuddin Hamzah) hubungi dan beritahu saya perlu beritahu anak-anak kerana mereka sudah menonton kisah ibu mereka di YouTube.

” Saya pun turun dan kebetulan, berita pemrgian isteri ditayangkan di televisyen (TV). Anak sulung, Uwais bertanya betulkah ibu sudah tiada?

 

” Lalu, saya panggil semua anak-anak dan terangkan perkara sebenar.

” Saya beritahu, mereka takkan dapat jumpa ibu lagi. Anak-anak mnangis teresak-esak..

” Anak bongsu, Matin tervk mnangis kerana paling manja dengan arwh dan belum faham apa yang berlaku,” katanya pada sesi live di Instagram (IG), petang tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *