Viral

DISINI JENAZH SITI SARAH AKAN DIKEBUM1KAN, SEMOGA SEMUA DIPERMUDAHKAN

Jena.zah Allay.arhamah Siti Sarah dijangka dikebumikan di Tanah Perku.buran Islam Sungai Pusu, Gombak selepas semua urusan di hospital diselesaikan.

Bagaimanapun, Kosmo! difahamkan waktu pengkebumian jenazah belum dimaklumkan dan diketahui secara terperinci buat masa ini.

Ketika ini, jas.ad Siti Sarah masih lagi berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi urusan pengurusan jena.zah.

Siti Sarah Raissuddin yang juga isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib mening.gal dunia di HUKM di sini awal pagi tadi.

Siti Sarah, 36, yang dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Rabu lalu akibat Covid-19 menghem.buskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.13 pagi.Perkara tersebut disahkan sendiri Shuib menerusi satu muat naik di laman Instagramnya hari ini.

Nadir Al-Nuri Kongsi Mesej Terakhir Siti Sarah, Sempat Tunai Ibadah Korban di G4za

TERKEJUT dengan berita pemergian Siti Sarah, rakyat Malaysia yang menetap di Gaza iaitu Nadir Al-Nuri berkongsi kebaikan yang dibuat penyanyi itu ketika hayatnya pada sambutan Aidiladha lalu.

Menurut Nadir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, isteri kepada pelawak Shuib itu menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) Instagram mengenai hajatnya mengorbankan seekor lembu untuk umat Islam di negara bergolak itu.

“Tersentap sekejap baca berita pemergian Siti Sarah. Saya dihubungi Siti Sarah sebelum Raya Haji lepas untuk dia ikuti program korban di Gaza.

“Masa itu saya terkejut dia maklumkan untuk korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit.

“Bukan satu bahagian sahaja, seolah-olah dia sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir,” ujarnya.

Menerusi muat naik di Instagram dan Facebook, Nadir turut berkongsi paparan skrin perbualan antara dia dan Siti Sarah yang pada awalnya turut meminta sedekahnya itu tidak didedahkan kepada umum.

“Fasal nak post ni saya kalau boleh nak diam-diam. Tapi betul juga mungkin salah satu tanggungjawab saya sebagai orang Islam untuk war-warkan tentang korban di sana.

“Saya izinkan… kita doa sama-sama moga Allah permudahkan urusan saudara kita di sana dan juga Allah permudahkan urusan awak dunia dan akhirat,” tulis Sarah dalam mesej perbualannya itu.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

Allahyarham menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungan berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.

Penyanyi lagu Semakin itu dimasukkan ke hospital pada pagi 4 Ogos lalu selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan C0.vid-i9.

Sementara itu tambah Nadir, Allahyarham juga seorang yang sangat prihatin tentang nasib umat Islam dan sering bertanya perkembangan di G4.za.

“Dia kerap berhubung bertanyakan tentang keadaan saudara kita di Pa.l3stin.

“Rupa-rupanya Allah takdirkan nyawa beliau diambil dalam keadaan memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka.

“Malah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini,” tulisnya di Instagram.

Nadir juga menyifatkan Sarah seorang yang beruntung apabila mendapat syahid dunia serta didoakan ratusan keluarga syuhada akhirat.

Kredit:Mstar / Kosmo Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *