Uncategorized

Terkini…PM Akhirnya Buat Pengumuman Khas Bagi Mereka Yg Sudah Lengkap Vaksinasi

Kerajaan akhirnya mengumumkan kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi Covid-19

Berikut Pengumuman Khas berkenaan kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima va.ksinasi lengkap

 

Vaksinasi lengkap: suami isteri jarak jauh dibenar rentas daerah, negeri untuk bertemu pasangan masing-masing ⁣

 

Kerajaan setuju beri kemudahan kuarantin dan perjalanan untuk individu lengkap vaksinasi dan terpakai atas semua fasa PPN⁣

 

Labuan bersama lapan negeri beralih dari Fasa Satu dalam masa dua bulan pelaksanaan PPN⁣

 

Usaha kerajaan tingkat vaksinasi menunjukkan pencapaian amat membanggakan⁣

 

Usaha pemulihan daripada COVID-19 berjalan seperti yang dirancang⁣

 

⁣Aktiviti solat sahaja dibenar di masjid dan surau bagi jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap⁣

 

Vaksinasi lengkap: Penganut bukan Islam dibenar menghadiri rumah-rumah ibadat⁣

 

Kemudahan di sektor ekonomi sedang dibincang, dipertimbang di peringkat Sidang Khas MKN dan akan diumum dalam waktu terdekat

 

Tiga aspek utama urus pandemik adalah kesihatan dan keselamatan rakyat, ekonomi dan kelansungan perniagaan serta kesejahteraan rakyat ⁣

⁣Keputusan beri kemudahan kepada individu terima vaksinasi lengkap dibuat dengan sangat berhati-hati

PM @muhyiddinyassin_official

 

 

Lengkap dua dos: Perlu ada prasyarat untuk kelonggaran SOP – KKM

Terdahulu Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan beberapa prasyarat perlu dipenuhi sebelum kelonggaran diberikan kepada individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata antara prasyarat itu ialah kadar vaksinasi yang diterima oleh rakyat perlulah tinggi supaya tidak berlaku peningkatan kes baharu COVID-19 yang mendadak.

“Kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tertentu perlu dilaksana juga kerana varian yang sedia ada lebih mudah disebarkan dan lebih berjangkit. Jadi kita perlu laksana pemakaian pelitup muka, utamakan penjarakan fizikal dan sebagainya dan tidak berkumpul dalam satu kumpulan yang ramai.

“Bila prasyarat yang kita katakan ini telah dapat dilaksanakan, saya rasa akan dibuat pengumuman apakah jenis-jenis kelebihan yang diberi untuk mereka yang telah melaksana dua dos vaksinasi,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Kelonggaran SOP dan tanggungjawab sosial: Adakah rakyat lengkap dua vaksin sudah bersedia?

KUALA LUMPUR: Pengumuman kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada individu yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin di negara ini sudah tentu dinantikan rakyat.

Lebih setahun sekatan pergerakan dikenakan, secara tidak langsung memberi ruang kepada masyarakat adaptasi kehidupan norma baharu.

Namun jika kebebasan diberikan, sudah tentu rata-ratanya ingin merentas negeri bagi menziarahi keluarga, makan di restoran mahupun riadah bersama keluarga.

Di Singapura, pemerintah republik itu pada Jumaat mengumumkan, sekatan akan dapat dilonggarkan sehubungan peningkatan kadar penduduk yang telah melengkapkan dua dos vaksin telah mencecah 67 peratus.

Laporan berita tempatan melaporkan, pemerintah Singapura akan memberi kelonggaran ke atas perjumpaan majlis sosial dan rentas daerah mulai Selasa depan.

Turut dibenarkan, ziarah rumah ke rumah tetapi ditetapkan lima rumah sahaja dalam tempoh sehari.

Majlis sosial turut dibenarkan dengan kapasiti sehingga 500 orang tetamu yang sudah lengkap dua dos, manakala bagi individu yang hanya menerima satu dos turut dibenarkan makan di restoran terbuka, namun maksimum dua orang untuk satu meja.

Pada September depan, republik itu dijangka memasuki Fasa A iaitu beberapa sektor ekonomi akan dibuka begitu juga aktiviti pelancongan.
Meskipun berdepan dengan peningkatan kes dan jumlah kematian, namun sebagai langkah berjaga-jaga pemantuan serta saringan secara bersasar akan dilakukan bagi mengenal pasti kluster yang wujud.

Singapura sedia beralih ke Fasa B sekiranya penularan COVID-19 berjaya diturunkan. – Reuters

Singapura sedia beralih ke Fasa B sekiranya penularan COVID-19 berjaya diturunkan. – Reuters

Jika penularan COVID-19 berjaya diturunkan, Singapura dijangka beralih ke Fasa B iaitu membuka sektor-sektor lain beroperasi sehingga keadaan stabil.

Selepas fasa kedua itu, Singapura dijangka beralih ke kehidupan normal.

Pusat kuarantin juga akan terus dibuka mengikut protokol kesihatan yang dikemas kini. Ia membolehkan rakyat yang dijangkiti COVID-19 dan mempunyai simptom ditempatkan di fasiliti itu berbanding hospital.

Tempoh kuarantin juga dipendekkan daripada 14 hari kepada 10 hari jika disahkan negatif atau menunjukkan bacaan CT Value rendah.

Selain Singapura, beberapa negara lain turut mengumumkan kelonggaran SOP kepada penerima lengkap dua dos, antaranya Amerika Syarikat, Eropah, Turki, Israel, United Kingdom dan terbaru, Kanada.

England bakal menjadi negara pertama di Britain yang melonggarkan semua sekatan. – Reuters

England bakal menjadi negara pertama di Britain yang melonggarkan semua sekatan. – Reuters

Di England, langkah yang digelar Freedom Day sejak 19 Julai lalu memberi kebebasan kepada penerima dua dos vaksin

Bermula 19 Julai, England menjadi negara pertama di Britain yang melonggarkan semua sekatan COVID-19 seiring Freedom Day.

Walaupun kadar jangkitan melebihi 54,000 sehari namun semua perniagaan di negara itu dibenarkan membuka pintu masing-masing dan peraturan pemakaian pelitup muka serta penjarakan sosial juga dihapuskan.

Menteri Kesihatan United Kingdom (UK) Sajid Javid juga memberi amaran, kemungkinan berlaku peningkatan kes kematian COVID-19 dalam beberapa minggu akan datang.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri Britain Boris Johnson, sekatan yang dilakukan sebelum ini boleh mendatangkan situasi yang lebih parah sekiranya tidak dimansuhkan.

Taiwan berjaya mengawal COVID-19 tanpa menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau pelaksanaan sekatan pergerakan penuh. – Reuters

Sebelum ini, Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Malaysia perlu mencontohi Taiwan dalam mengawal penularan pandemik COVID-19.

Jelasnya, Taiwan berjaya mengawal COVID-19 tanpa menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (lockdown).

Sebaliknya pendekatan menutup sempadan, pengunaan teknologi digital secara menyeluruh dalam pengesanan kontak serta isolasi membawa kepada kejayaan.

Selain Taiwan, tiga buah negara lain turut berjaya membendung penularan COVID-19 ialah Vietnam, Bhutan dan Rwanda.

Tambahnya, selain langkah yang diambil kerajaan, kejayaan negara-negara itu juga disebabkan oleh tanggungjawab sosial masyarakat, agensi serta ahli akademik yang bekerjasama sebagai satu pasukan.
Beberapa hari lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengumuman kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi rakyat yang lengkap dua dos vaksin akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Jelasnya, pengumuman itu sebagai satu pakej penuh termasuk aspek sosial, sukan dan aktiviti makan di restoran.

Beliau berkata antara kelonggaran yang diberikan termasuk SOP bagi pergerakan dalam negara, termasuk perjalanan rentas sempadan terutama melibatkan suami atau isteri yang tinggal berjauhan.

sumber: astro awani, bernama

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

 

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *