Viral

Ketuk pintu dan terus lari netizen terhibur usaha rider ini menurut arahan pelanggan

Sejak pandem1k meny3rang, dapat dilihat industri penghantaran makanan semakin rancak menerusi jumlah tempahan yang tinggi daripada pelanggan. Hal ini turut menyumbang kepada peningkatan rider dalam membantu menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.

Terbaharu, menerusi perkongsian daripada TikTok @anasmansor99, beliau telah memuat naik sebuah video menunjukkan pesanan yang diterima daripada seorang pelanggan yang mahukan beliau meletakkan makanan yang dipesan di rak yang disediakan pada pintu hadapan sahaja. Pesanan tersebut turut memaklumkan untuk beliau ketuk pintu dan kemudiannya lari.

Bagi memenuhi pesanan pelanggan berkenaan, pemilik TikTok ini yang juga dikenali sebagai Abang Panda telah merealisasikannya. Walau bagaimanapun, gelagatnya yang lucu telah membuatkan para netizen terhibur.

Berdasarkan video yang dikongsikan, terdapat netizen yang beranggapan pesanan tersebut dibuat berikutan pelanggan tersebut sedang menjalani kuarantin. Arahan untuk terus lari tersebut dimaklumkan bagi mengelakkan rider berkenaan dijangkiti wabak C0VID-l9.

Selain itu, tidak kurang juga netizen yang terhibur dengan usaha Abang Panda ini yang sanggup meletakkan kamera dan membuat lakonan semula dalam usaha untuk menghasilkan konten. Berikut merupakan respon netizen terhadap video yang dihasilkan Abang Panda ini.

photo6071236629005184226

SUMBER: TIKTOK ANASMANSOR99

photo6071236629005184227

photo6071236629005184228

Usaha yang dilakukan Abang Panda ini rata-ratanya mendapat komen positif daripada para netizen yang memuji beliau yang bekerja keras dalam mengikut arahan yang diberikan pelanggan serta masih mampu menghiburkan orang ramai.
SUMBER: TIKTOK ANASMANSOR99, vocket.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.