Viral

(Video) Katanya Tersohor Di Seluruh Kelantan, Kelibat Sosok Putih ‘3 Beranak’ Didakwa Di Jalan Gua Musang Berjaya Dirakam

Satu video menyeramkan yang memaparkan kelibat entiti yang tidak dikenali di sebuah jalan raya.

Video tersebut asalnya dimuat naik di akaun TikTok bernama @phr_77, namun ianya telah dikongsi dan menjadi tular di akaun Twitter bernama @mrcreepyposta.

Menurut akaun Twitter tersebut, kejadian itu dirakam di sebuah jalan yang terletak di Gua Musang, Kelantan.

Dalam rakaman video dashcam itu, pemandu kenderaan berkenaan telah melalui satu jalan yang kosong dan gelap.

Jam pada rakaman dashcam tersebut menunjukkan kejadian berlaku pada pukul 5.26 pagi.

Dalam rakaman tersebut dapat dilihat bahawa terdapat sebanyak 3 entiti yang tidak boleh diperjelaskan seakan sedang berjalan dalam gelap di jalan itu.

“Khabarnya mereka ini tersohor di seluruh tanah jajahan Kelantan. Komen seorang netizen: ‘Situ memey ado dari dulu lagi tigo beranok. Jupo denge tak jupo jah. Guo Sejok tempat sek-sek dia belako tu’,” tulis kapsyen pada video tersebut.

Entiti yang pertama dapat dilihat berpakaian serba putih manakala yang lagi dua tidak jelas.

Turut dapat diperhatikan bahawa pemandu tersebut bergerak ke kanan sedikit sewaktu memandu melepasi kelibat tersebut seakan-akan khuatir melanggarnya.

Tidak dapat dipastikan berkenaan apakah kelibat itu sebenarnya serta kesahihan video tersebut. Namun begitu, ianya telah menjadi tular di media sosial.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 700 ribu di akaun TikTok berkenaan dan lebih 4 ribu tontonan di akaun Twitter tersebut.

Sumber: @mrcreepyposta, siakapkeli.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.