Viral

Dakwa Bersandiwara, Lana Nodin Gesa DG Hisham Letak Jawatan – “Tak Habis-Habis Buat Muka Kesian, Menangis Penat”

Pelakon Lana Nodin menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah agar meletakkan jawatan.

Dalam hantaran di Instagram Stories, Lana menyifatkan selama ini ramai yang terpedaya dengan DG Hisham yang sengaja berlakon dengan wajah yang penat dan menyedihkan.

Hebat lakonan kalah drama Melayu kat Samarinda, hebat KKM. Tahniahlah DG (Hisham).

“Ko ni patut stepdown dah, tak habis-habis buat muka kasihan dan menangis penat tapi semua tu kau berlakon saja!

“Sedih rakyat Malaysia kononnya kata kau tu sangatlah prihatin pada rakyat. Padahal apa jadah ni?” tulisnya pada sepotong video pengurusan mayat dipercayai mangsa COVID-19 baru-baru ini.

Terangnya mengenai video yang tular itu, Lana kurang berpuas hati dengan tindakan anggota pengurusan jenazah yang dikatakannya tidak memakai sut perlindungan diri yang lengkap.

“Ok pasal kes ni semua DM I apahal ni semua? Takkan korang tak boleh tangkap? Tu tengok laki baju hitam tu macam pergi hantar roti kat kedai je.

“Kata bahaya sampai kalau jenazah meninggal ahli keluarga tak dapat kebumikan katanya sangat bahaya mayat-mayat tu semua. Tapi tengok mamat tu, rileks je… yang lain bukan main full uniform PPE.

“Nasib baik tak buat drama jatuh penat angkat mayat pula! Kalah cerita hindustan! Wake up la… Tak habis-habis bagi rakyat fear mongering!” ujarnya.

Sementara itu, pandangannya mengenai DG Hisham turut mendapat sokongan pengikutnya menerusi kiriman mesej langsung di Instagram selain Lana berkongsi paparan skrin dari status Facebook pengguna lain.

Dalam status berkenaan, individu terbabit terkilan tidak diendahkan DG Hisham ketika berada di Pejabat Menteri Kesihatan untuk menyerahkan dokumen kepada Dr. Adham Baba.

Dakwanya, dirinya berkecil hati apabila DG Hisham enggan bertentang mata dengannya dan pada masa sama tidak memakai pelitup muka sambil katanya buat-buat sibuk bercakap telefon.

Tulis Lana mengenai foto yang dikongsikan itu; “Agaknya dia dah 30 dos vaksin kebal dah. Dalam TV je bukan main nak menangis suara sedih suruh pakai double mask!

“Pejabat kementerian awam boleh pula ko tak pakai mask? Oh lupa orang kayangan.”

Sumber : gempak.com/berita-terkini/beritahiburan.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.