Viral

Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Pengalaman Dua Kali Dapat Masuk Gaza, Boleh Buat Caprice Terkedu

Di Instagram, angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar memberitahu kepada umum bahawa di pernah masuk ke Gaza sebanyak dua kali sebelum ini bagi menyempurnakan misi kemanusiaan.

Sebagai salah seorang individu yang bertuah dan pernah menjejakkan kaki di sana, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi pengalamannya sebelum masuk ke Gaza.

Ramai orang nak masuk ke Palestine

Ramai orang mempunyai pelbagai alasan untuk nak masuk ke Palestine. Saya pernah pergi ke Gaza sebanyak dua kali selama sebulan ketika perang sedang berlaku. Saya pergi atas dasar misi kemanusiaan dan memberi bantuan perubatan pada masa tersebut. Saya bekerja di Hospital Syifa dan saya menetap dengan masyarakat di sana. Saya sentiasa mendengar luahan dan derita yang dialami oleh mereka. Saya sangat memahami mereka.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, beliau pernah berkhidmat di sebuah hospital di Palestine semasa melakukan misi kemanusiaan. Selama sebulan di sana, beliau berjaya memahami dan mendengar luahan masyarakat di sana. Ujar beliau lagi, terlalu ramai orang memberi pelbagai alasan untuk masuk ke Palestine.

Jelas Dr Sheikh Muszaphar, masyarakat di sana dipercayai tidak mahu mana-mana individu datang ke sana. Mereka hanya mahukan bantuan sahaja seperti bantuan perubatan dan makanan. Perkara tersebut boleh dilakukan oleh badan bukan kerajaan tanpa mana-mana individu masuk ke sana. Tambah beliau, terlalu banyak lori dan bas yang masih menunggu di sempadan untuk masuk ke Palestine.

Tempat keramat

Palestine tempat keramat. Hanya Allah sahaja yang dapat membenarkan seseorang individu untuk masuk ke situ. Oleh itu buat sesuatu kerana Allah dan bukan kerana nama dan kemasyhuran. Buat dengan ikhlas dan tidak perlu hebohkan kepada umum. Buat secara senyap dan InsyaAllah Allah akan permudahkan segalanya. Cara terbaik yang kita semua boleh buat adalah memberi sumbangan menerusi NGO dan berdoa ketika solat. Sekadar berkongsi.

Di akhir posting, Dr Sheikh Muszaphar memberi nasihat kepada umum bahawa setiap perkara yang dilakukan perlu didahului dengan niat kerana Allah. Menurut beliau, Allah akan permudahkan segala urusan hambanya apabila seseorang itu mempunyai niat yang ikhlas dan tidak melakukannya kerana nama mahupun pujian.

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar

Caprice Berangkat Ke Gaza – “Last Minute Dapat Kebenaran Masuk Cairo-Gaza”

Terdahulu Penyanyi rap dan usahawan Caprice akhirnya berjaya merealisasikan impiannya untuk menjalankan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.

Berita tersebut dikongsi Caprice menerusi hantaran terbarunya di laman sosial Instagram (IG), kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, dia mendapat kebenaran pada saat akhir namun berseorangan ke sana.
Bagaimanapun katanya, dia bersyukur dan memohon pengikut serta orang ramai mendoakan perjalanannya di permudahkan.

“Plese doa for me Malaysia. Last minute Caprice dapat kebenaran untuk masuk ke Cairo-Gaza…Cuma kita kena fly sorang-sorang malam ni,” katanya.

‘Bukan sebab Ebit Lew, ini gangguan pihak luar’

Terus menjadi sohor kini dalam media sosial sejak beberapa hari lalu, penyanyi, Caprice berharap hubungannya dengan Ustaz Ebit Lew pulih.

Luahnya melalui Instagram Story, Caprice berkata, konflik antaranya dengan Ustaz Ebit Lew bukan disebabkan masalah kemurungan dialami.

Namun katanya, semuanya berlaku kerana kecewa usaha jihadnya diganggu pihak luar.

Dia juga akan membuat pendedahan mengenai apa yang berlaku di Gaza, Rabu ini.

Malah, Caprice menafikan dia dengki terhadap pendakwah itu.

Caprice sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ustaz Ebit Lew mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan di Gaza.

‘Kenapa hendak kritik dia (Ebit Lew) ketika ini?’

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa simpatinya terhadap pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Liew yang terpalit dengan kontroversi ‘hubungan dingin’ bersama seorang penyanyi rap.

Najib dalam akaun Facebook miliknya menulis: “Ustaz baru sahaja kehilangan arwah ayah tersayang. Kenapa pula hendak kritik dia pada ketika ini?”

Beliau seterusnya menulis: “I stand with you, Ebit Lew”.

Umum mengetahui penyanyi rap, Caprice dikatakan menegur perilaku Ebit ketika dalam misi kemanusiaan di Gaza, baru-baru ini.

Susulan teguran secara terbuka itu, Caprice mendedahkan dia disekat daripada mengikuti akaun Instagram Ebit.

GAMBAR dikongsi Najib Tun Razak di Facebook bersama Ustaz Ebit Lew.

sumber:trandingsangat.com

 

‘Saya susah nak bergaduh dengan sesiapa’ Luahan Sayu Ebit Lew

PETALING JAYA – “Saya susah nak benci orang, saya susah nak lawan orang.”

Itu antara luahan rasa pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang turut menyaksikan dirinya mengalirkan air mata dalam aplikasi TikTok yang dimuat naik semula dalam Instagram, @jentikhati.

Kata Ebit atau nama lengkapnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew dalam video berkenaan, dia tidak suka untuk bergaduh dengan sesiapa sekalipun.

“Saya susah nak mengata siapa-siapa. Saya susah nak bergaduh dengan siapa-siapa.

“Tapi, sejak kebelakangan ini, orang tak berhenti datang. Semua orang nak cari gaduh dengan saya. Semua orang nak cakap bukan-bukan terhadap saya. Saya jadi sedih,” ujarnya.

Ebit yang dianugerahkan Duta Muhibbah oleh kerajaan Palestin baru-baru memaklumlan lagi, kalau ada yang menghantar mesej bukan-bukan, dia tidak akan membalasnya.

“Saya memang tak takut siapa-siapa sejak kecil. Saya tahu hidup saya Allah yang tentukan, mati saya juga Allah yang tentukan.

“Saya tak balas pun orang mesej saya bukan-bukan. Kalau orang ugut, saya tak balas. Kalau setakat berkata, saya tak kisah sangat tapi kalau melibatkan macam-macam orang, yang itu saya jadi sedih,” luahnya dalam video berkenaan.

Pada pengakhiran video tersebut, Ebit mendoakan agar umat manusia hidup dalam suasana dan persekitaran penuh kasih sayang.

“Saya fikir dunia ini tak seindah yang disangka. Walau kita cuba nak bawa kasih sayang dalam dunia, akan ada yang benci, akan ada yang lawan.

“Saya percaya, kalau tidak hari ini, suatu hari nanti, dunia ini akan kembali seperti zaman dahulu. Zaman Rasulullah. Zaman dulu orang baik-baik. Suasana itu akan wujud, manusia saling mengasihi, saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, Malaysia digemparkan dengan pendedahan aktivis kemanusiaan, Caprice yang mendakwa Ebit dan pasukannya telah memburukkan imej negara ketika sebulan berada di Gaza, Palestin untuk membantu rakyat negara itu yang ditindas Israel. – K! ONLINE

Caprice harap hubungan dengan Ebit Lew pulih kembali

Penyanyi dan aktivitis, Caprice, 32, mendedahkan konflik yang berlaku antaranya dengan Ustaz Ebit Lew (UEL) bukan disebabkan dia mengalami kemurungan.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, gangguan fikiran itu berlaku susulan terbit kekecewaan kerana usaha jihadnya diganggu pihak luar.

“Ramai cakap saya mengalami kemurungan sehingga terpaksa mengambil ubat tidur sejak tiga bulan lalu. Ini bukan isu kemurungan tetapi berkaitan dengan usaha jihad yang sedang dilakukan.

“Sesiapa yang kenal saya sebelum ini pasti tahu saya akan ‘naik gil,a’ apabila ada yang mula mempertikai dan mencabar jihad saya. Semuanya pasti menjadi luar kawalan,” katanya.

Caprice yang kini berada di Kaherah, Mesir menegaskan dia terpaksa meluahkan kekecewaan itu akibat hubungan baiknya dengan UEL kini renggang disebabkan campur tangan pihak luar.

Dia juga berharap hubungannya dengan UEL akan kembali pulih kerana dia sangat menyanjungi serta menjadikan aktivis itu sebagai idolanya.

“Saya tidak sangka seorang sahabat yang senyap dan tidak boleh beri kerjasama dengan perkara yang berlaku di Gaza. Saya harap hubungan kami akan kembali pulih tanpa campur tangan pihak lain. Semua ini perlu dilakukan demi Allah SWT dan ummah,” katanya.

Dia turut mendedahkan di Instagram Stories bahawa dia mempunyai perancangan bersama UEL untuk melepasi sempadan Gaza, Palestin bersama-sama.

Namun, ia tidak dapat direalisasikan kerana campur tangan pihak lain.

“Ketika tiba di Kaherah, kami mempunyai perancangan untuk masuk ke Gaza bersama-sama tetapi tidak berlaku kerana ada ‘pihak lain’ yang masuk campur. Saya minta maaf kerana bertindak luar kawalan dan jadi begini kerana terpaksa hadam masalah sekarang seorang diri di sini.

“Kemungkinan besar saya memang tak akan dibenarkan masuk ke Gaza kerana ada ‘tangan’ dari luar yang tak mahu lihat saya ke sana,” katanya.

Disebabkan pendedahan itu, ramai meluahkan rasa bimbang dengan keadaan kesihatan mental Caprice yang dilihat tidak terkawal.

Sejak beberapa hari lalu, namanya jadi bualan hangat netizen selepas dia mendedahkan situasi yang berlaku di Gaza.

Malah, dia turut mendedahkan UEL menyekatnya dalam Instagram serta memberi bayangan bahawa UEL antara punca dia masih tidak dibenarkan memasuki Gaza sehingga hari ini.

Terdahulu, Caprice berkongsi dia pergi seorang diri ke Mesir untuk melaksanakan misi kemanusiaan di Gaza yang sudah lama diimpikannya.

sumber:limauasamboi.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *