Viral

4 Beranak Bersama Bayi 11 bln Naik Motor Mencari Bantuan Makanan Tapi Kecewa Slps AJK Surau Taknak Bagi

Kempen mengajak orang ramai mengibar bendera berwarna putih tular dalam pelbagai platform media sosial, hingga hari ini.

Tinjuan mendapati carian kata kunci bendera putih dalam medium Facebook, Instagram dan Twitter mendapati saranan mengibarkan bendera putih.

Ia disyorkan kepada mereka yang menghadapi kesusahan dan memerlukan pertolongan terutamanya dalam berdepan cabaran musim pandemik.

Ada yang nasihatkan kepada semua yang susah, tiada makanan, naikkan bendera putih di rumah. Ini biar orang di sekeliling memberi sedikit sebanyak yang termampu.

Ada juga yang berkata, jangan ambil tindakan merugikan diri-sendiri dan keluarga. Elakkan stres, berkongsilah masalah dengan orang ramai. Tidak perlu merayu.

“Tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih. Semoga ada yg datang membantu,”

 

Tulis seorang pemilik akaun Facebook bernama Jah yang dipercayai antara individu terawal memulakan kempen tersebut.

Rata-rata netizen menulis kata-kata sokongan dan menyatakan kesediaan untuk menghulur bantuan kepada individu yang berbuat demikian dan menyifatkannya idea tersebut amat bijak.

Jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita kerana jiran juga adalah keluarga.

“Kibarkan bendera putih supaya kami tahu. Kibarkan untuk kami bantu. Kibarkan untuk kami berganding bahu,” tulis Akmal Masduki di Instagram.

Kempen ini begitu indah dan sekali lagi mengingatkan kita betapa kuatnya ikatan antara rakyat Malaysia di atas segala-galanya.

Alhamdulillah, walau apa yang terjadi sekalipun, kita masih mempunyai ruang untuk kemanusiaan.

Idea yang amat bernas, kita mesti bantu rakyat Malaysia yang susah sampai tidak ada makanan.

Jangan sesekali fikir untuk bunuh diri. Rakyat menolong rakyat.

“Kasihan anak-anak kecil. Siapa yang pernah mengalami kesusahan dan kelaparan saja yang tahu betapa azabnya. teruskan,” sokong Iena Azlin

Wanita Kecewa Susah Minta Bantuan di Surau

KES MASJID TAK BAGI ORANG LUAR KARIAH AMBIL BARANGAN DI GEROBOK REZEKI

Petang ni saya kongsikan satu kes yang dikongsikan di Group Jabatan Netizen Prihatin Negara.

Posting asal telah di delete kerana ada pihak yang melaporkan kepada Facebook dan terpaksa kami pihak admin mengambil tindakan agar group JNPN tidak dikenakan tindakan oleh Facebook.

Satu pasangan datang bersama anak-anak menaiki motosikal datang ke sebuah masjid untuk memohon bantuan gerobok rezeki.

Info yang mereka dapat daripada warga netizen, mereka gagahi untuk mendapat sedikit bantuan.

Beberapa masjid mereka pergi, malangnya ada yang tutup, ataupun tiada sesiapa yang menjaga.

Hinggalah sampai ke sebuah masjid. Dilihat ada orang-orang menjaga masjid di sana. Dan terus dinyatakan hasrat untuk memohon sedikit sumbangan dari gerobok rezeki.

Malangnya hasrat mereka ditolak bulat-bulat. Barangan yang ada digerobok rezeki, walaupun banyak menerima sumbangan, hanya untuk ahli qariah sahaja.

Disuruhnya mereka untuk pergi ke masjid tempat tinggal ataupun berjumpa terus dengan JPKK, Adun atau Ahli Parlimen.

Kes ini amat mendukacitakan kami di JNPN dan amat berharap tidak berlaku di mana-mana masjid yang lain dan harus diambil iktibar.

Bila mohon sumbangan, disebarkan ke serata alam. Tapi bila kerja-kerja membantu, hanya untuk ahli qariah sahaja.

Logik apa yang diguna? Adakah ini sebabnya Allah takdirkan kenapa masjid di tutup?

Baca Luahan Hati Wanita ini

“Assalamualaikum.. Maaf.. Meluahkan sedikit rasa kecewa.. Dan Ada pertanyaan.. Betul ka..

Gerobok rezeki di Masjid hanya untuk anak qariah SAHAJA ke? Untuk bukan anak qariah.. Tak boleh bagi ke..?

Semalam kami naik motor anak beranak.. 4 orang..saya, Suami,anak perempuan 4tahun dan bayi 11bulan..

Pergi ke masjid..Sg P…….sebelah town. Masa masuk nak parking tu nampak kelibat 3 atau 4orang ahli masjid tengah berbual.

Bila nampak kami ..terus pandang kami..Dalam hati saya dan Suami terus rasa malu Dan berlalu pergi Tinggalkan masjid..

4 Beranak Bersama Bayi 11 bulan kecew

Mungkin Semalam tiada rezeki utk kami..Tengah hari tadi ..kami Cuba.. Mana tahu Ada rezeki..

Naik motor pergi ke masjid yg senarai Gerobok rezeki..

Mula2 pergi ke masjid Hashim Yahya.. Tp tiada sorg pun di situ..

Kami pergi ke Masjid Dekat dengan Hospital Pulau Pinang.. kalau tak silap. Masjid Sheikh Yusuf.. Masuk ke situ..

Ada Seorang ahli masjid situ menunjukkan isyarat tangan (masjid tutup)

Kami pun patah balik..cari masjid yang lain. Pergi ke masjid Sg Ge…… Masa masuk kawasan. Dengan harapan..

Ada rezeki Sebab Ada seorang ahli masjid Ada disitu..

Tapi jawapan yang kami dapat.. “Maaf, saya tak boleh bantu Encik”(suami saya )time tu saya Ada sebelah suami..

Walaupun masjid ni Terima banyak sumbangan Dari pelbagai pihak. Tp kami Utamakan qariah” ‘Bantuan ni hanya untuk anak qariah sahaja. ‘

4 Beranak Bersama Bayi 11 bulan kecew

Encik (suami) kena pergi masjid tempat Tinggal sendiri.. Kalau masjid tempat sendiri tidak sediakan bantuan..

Beliau Suruh tanya. Ketua JKK. DUN ataupun PARLIMEN.

Sedih dan kecewa sangat. Anak saya yang perempuan tengok je Muka beliau..

”Kalau tak boleh nak beri Sekampit beras untuk saya.. 1 pek kecil biskut pun tak boleh bagi untuk anak saya ke encik?”

(saya sendiri cakap dalam hati)

4 Beranak Bersama Bayi 11 bulan kecew

“Takpa”. Kami pun Minta diri dulu.. Dan berlalu pergi dengan Tangan kosong. Sebab masa nak balik tu hujan Dan rintik-rintik.

Sekadar luahkan perasan.. Harap tak ada Sesiapa yang terasa.

Terima kasih..ni saya tambah untuk yang nak ambil barang.. Kena ikut qariah sendiri
Takut jatuh fitn4h..

Tapi saya tahu.. Mereka hanya menjalankan arahan Dan Sebab pegang amanah orang

Adriana: Saja la nak pesan kepada petugas2 yg jaga gerobok makanan…tak yah la dok qariah sangat..

Permudahkan urusan org tu tersangat dituntut.klau rasa payah sangat..sediakan stok untuk org luar qariah klau nak rasa terlalu telus sangat..

Tolong pastikan mereka yg meminta bantuan tu pulang dengan secebis kegembiraan..jgn menyusahkan mereka yg sedang susah..

Tolong jadi manusia bila berdepan dengan situasi mcm ni.jangan ada sifat Azazil dengan tanggungjawab yg diberikan untuk agihan..

Setiap petugas masjid perlu ada contact dengan petugas masjid yg lain untuk memudahka mereka mendapat bantuan jika stok gerobok makanan dah abis..

Bg cadangan untuk dapatkan bantuan..bukan buat bangang suh pi cari sendiri..

Mereka dah cukup tertekan..jgn sulitkan perkara yg mudah..

Wildan: There’s always two sides of a story. Saya faham. Tapi kena faham dari segi kapasiti masjid/surau tu juga.

Kita kena didik juga para pemohon utk dptkan bantuan dari sumber yg terdekat dgn mereka.

Spt surau kami, mmg keutamaan adalah anak2 kariah, means SEMUA yg tinggal situ be it orang surau ke, even non muslim. Selepas tu barulah org luar.

Takdelah kita tolak mentah2 org luar. Cuma kite advice, nak lagi waktu ni, cuba tanya surau/masjid di tempat awak dulu.

Kalau mmg takde, takde masalah. Boleh ambil.

Lagi satu, kita advice ambil dari kariah sendiri sebb memudahkan rekod. Kita boleh apa yg patot pula.

Kebajikan bantuan ni sepatutnya bersifat sementara, more on this sepatutnya kita nak lihat lebih ramai penerima dpt keluar dari kesusahan mereka sekarang.

Masalah² dalam pengagihan dan penerimaan ni masalah sama dan berulang. Mana kita boleh perhalusi dan perbaiki, kita buat sama².

Jika rasa boleh slowtalk, slowtalk dulu sebelum asbab tulisan kita, banyak tafsiran jadinya.

Natasha: I pon xpaham.. ada ex staff warga indonesia dia duduk di 1 kg yg mmg komuniti nya byk mberi/menerima bantuan/sumbangan..

I know sb i pnah kua masuk kg tu dr awal convid masuk negara kita till now mmg byk bantuan dterima wpun kita hanya lalu anta brg pn akan dberi mask, air,roti dan apa saja bantuan yg ada.

Tp bila i suruh ex staff tu pegi ke surau or masjid area dlm kg dia tu utk amik brg di foodbank dia ckp da pegi tp xdi bagi org lua dan lg² ex staff mmg bkn warganegara.

Sb tu dorg xnk bg. Masa tu tpikir.. mmg nk bg bantuan ni utk puak sendiri je ke Cmner?.

Yg bkn warganegara xnak bantu ke? I pon try mtk dgn 1 NGO yg i join jd ahli ni.. i cite kisah benar ttg ex staff yg sgt memerlukan kpd salah sorg AJK ngo tu dan submit nama.

Tp dgn dukacita presiden tu reply xnak tlg bkn warganegara sb dorg da ada persatuan dorg sendiri.

Dan sejak itu i kumpul duit sendiri.. mtk sana sini sket.. Alhamdulillah ramai kwn dan keluarga mbantu dan terus jalan sendiri..

Buat kerja sendiri².. sb rasa malu duduk bwh NGO tu.. tp heran yg pihak masjid/surau hanya nk bg kariah aje knape ye.

Mmg kariah kt tmpt korg semua asnaf-asnaf ke? Bdosa tau kalau bkemampuan tp amik hak asnaf..

Zarah: Kaedah yang Rasulullah tekankan…. kalau tak dapat bagi banyak, jangan tak bagi langsung.

Jangan biarkan orang yang meminta pulang dengan tangan kosong, kecuali memang barangan yang diminta dah licin licau..

Ni keadaan dimasjid kami. Semua warganegara ada. Yang meminta lebih ramai dari yang memberi namun pihak AJK cuba sedaya upaya membantu.

Tak semua masjid begitu. Mungkin ada sebab tersendiri mereka buat begitu. Berlapang dada jer laa…

INI SENARAI MASJID QARYAH Daerah Timur Laut YANG ADA GEROBOK REZEKI

Sila datang untuk mengambil barangan dapur yang diperlukan bagi keluarga yang terputus bekalan makanan… sila hubungi nombor hp pegawai masjid berikut:

1.Masjid Hashim Yahaya
Sdr Kadersa 013486313
Pn Azeni 0194725042

2. Masjid At Taqwa TBTTS
Faizal 0194208209

3.Masjid jamek Prangin
Hj Aznan Abdul Mutaliff
0124585658

4. Masjid Jamek Kg Rawa. Hj Azhari. H/p: 012 4512187 5.

5. Masjid Negeri Pulau Pinang, Iskandar 017-4387210

6. Masjid Kapitan Keling
Hj Faruk, 0194462246.

7. Masjid Shaik Eusoff Ust Yusof Yaacob – 012 544 4781

8. Masjid Jamek Sg Gelugor- 0175754619 9.

9. Masjid Al Rahman Bt Feringgi. 0194774164

10. Masjid Bandar Baru Ayer Itam. En. Amen 0142410126

11.Masjid Sg Nibong Kecil Hj Jaafar..0164334925

12. Masjid Al-Malik Khalid USM Ustazah Iman 0134371012

13. Surau Al Marjan Flat PPR Taman Manggis En. Safiuddin 011 26586862

Difahamkan ciapan asal tersebut telah di remove disebabkan ada yg mereport ke facebook maka pihak admin terpaksa buang utk mengelakkan kesan negatif terhadap group seperti yg dinyatakan di bawah :

Sumber Jabatan Netizen Prihatin Negara/ fb Jebat Arassie Jebat Via Sinar Bayu via zulkifli, fuh.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *