Hiburan Viral

(Video) Teruja Rasa Keenakan Nasi Lemak Malaysia, Askar Lubnan Tak Habis-Habis Puji ‘Mantap’

Malaysia antara salah satu negara yang mempunyai pelbagai menu makanan yang menarik dan menyelerakan. Antara makanan tradisional yang sinonim dengan masyarakat kita pastinya hidangan nasi lemak yang membangkitkan selera.
Nasi lemak bukan sahaja digemari oleh rakyat tempatan tetapi menjadi menu ‘wajib’ bagi pelancong asing yang menjejakkan kaki ke sini. Sekali rasa, dah jatuh cinta!

Seperti perkongsian video oleh Hasma Hassan yang menunjukkan gelagat atau reaksi seorang tentera Lubnan yang memuji kesedapan nasi lemak yang dimakan bersama rendang daging dan ayam rempah.

Dia yang memuat naik video tersebut dalam Group Facebook MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL, merupakan seorang tentera darat yang ditugaskan sebagai ‘chef’ tentera dalam misi pengaman di Lubnan.

Perkongsian berkenaan menjadi tular dan mendapat 12 ribu tanda suka oleh warganet selain dibanjiri oleh ratusan komen hanya dalam tempoh empat jam dimuat naik.

Saja nak share saya masak masa bertugas di bumi Lubnan.

Askar omputih puji masakan malaysia sedap.. nasi lemak, rendang daging ayam berempah cuma kat sana tak ada daun pandan jer.. aroma daun pandan je takda tapi nasi lemak tetap jadi kawan-kawan.. bangga kita makanan malaysia dapat pujian..

Mantap, mantap!

Kombinasi hidangan nasi lemak yang dimakan bersama telur rebus, daging, ayam dan timun dikatakan sangat sedap selain rasa nasi yang berbeza kerana dimasak dengan kelapa.

”Very tasty so valuation to this food is mantap, mantap, terima kasih Batalion Malaysia (MALBATT), terima kasih Malaysia,” kata tentera berkenaan.

Tonton video di sini.

Menjengah ke ruangan komen di posting tersebut, warganet turut menyuarakan pendapat mereka dengan rata-ratanya bersetuju bahawa orang luar sangat menyukai masakan Malaysia.

Masa study kat UK, booth Malaysia la yang semua akan berpusu-pusu..

Ada juga netizen yang memerikan komen dengan mencadangkan pelbagai menu lain untuk tentera di sana cuba merasai keenakkan masakan Malaysia.

Tu belum dia try asam pedas Melaka lagi

Dah boleh kasi diaorang rasa patin tempoyak

Sumber: Facebook Hasma Hassan via MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL, Kopibeng.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.