Viral

[VIDEO] Ramai tak puas hati dengan tindakan kumpulan ini yang bolot semua bantuan makanan

Tindakan sekumpulan individu dipercayai sebuah keluarga ‘menyapu’ hampir semua barangan ‘food bank’ yang diletakkan di sebuah stesen minyak mengundang kecaman orang ramai.

Aksi ‘tamak’ kumpulan tersebut berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) stesen minyak itu sebelum ia dimuat naik dan tular di laman Twitter milik @jnmalaysia.

Menerusi klip video berdurasi satu minit 37 saat itu, kelihatan sekumpulan individu menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna merah telah berhenti di stesen minyak berkenaan.

Kemudian, lima individu telah keluar dari kereta berkenaan sebelum ‘menyerang’ food bank yang diletakkan di stesen minyak itu sehingga hampir semua makanan ‘disapu’ mereka.

“Food bank ini untuk orang memerlukan sahaja, janganlah tamak ingat orang lain pun memerlukan juga.

“Kalau macam ni letak satu kontena pun habis barang,” ciap @jnmalaysia.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku.

Sementara itu, rata-rata pengguna Twitter yang membalas ciapan tersebut meluahkan rasa kecewa dengan sikap yang ditunjukkan kumpulan terbabit dan mereka amat kesal dengan perbuatan mereka.

“Saya pun dah terkena minggu ni, niat nak tolong orang susah, tapi orang tu yang kenakan kita balik.

“Menipu kata rumah lain-lain tetapi rumah sama dalam satu keluarga selepas selidik. Kesian pada yang betul-betul susah,” ciap @NurulShima_3.

VIDEO

 

Sumber: Kosmo Online/news.allmhi.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *