Viral

Rupanya Inilah Pemilik Suara Nyanyi Lagu Dangdut Buat Hebahan Yang Tular

Sebelum ini satu video sebuah van penerangan yang membuat hebahan mengenai bahaya covid dengan menggunakan kaedah lagu dangdut telah pun mencuri perhatian ramai. Disangkakan van penerangan itu menggunakan suara penyanyi dangdut terkenal Amelina untuk membuat hebahan tersebut.

Namun rupa-rupanya seorang wanita ini yang menyanyi di dalam van tersebut. Ini adalah selepas pemilik suara berkenaan berkongsikan beberapa video di balik tabir penghasilan hebahan tersebut.

Dalam rakaman tersebut kelihatan seorang wanita sedang duduk di dalam van sambil memegang mikrofon dan kertas. Kedengaran wanita tersebut menyanyikan lagu dangdut dengan lirik yang sudah diubah. Berikut adalah rakaman pemilik suara nyanyi lagu dangdut buat hebahan yang dikongsikan menerusi akaun Tiktok Juliarazali2 ini:

 

Wow, sedap suara wanita ini! Cara agak kreatif dalam berhibur ada nasihat yang disebarkan. Difahamkan wanita ini bekerja dengan Jabatan Penerangan Negeri Selangor.

Malah satu lagi video pemilik suara nyanyi lagu dangdut buat hebahan dalam van ini turut meraih perhatian ramai. Berikut adalah rakaman tersebut:

 

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

 

“Terbaik…Menghiburkan mana2 yang tengah kuarantin dan yang sedang PKP ni. Sedap suara sis”

pemilik suara

“Ni rupanya orang die”

Jabatan penerangan dangdut 2

“Ingatkan Amelina sama sebijik wei”

Jabatan penerangan dangdut 1

Sumber: HCL

 

Guna Lagu Dangdut Buat Hebahan Nasihat Pada Penduduk, “Kaki Karok Ni”

Masih dalam PKPD di sesetengah kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur, penularan virus Covid-19 tidak seharusnya dipandang ringan oleh masyarakat. Malah saban hari kita sering diingatkan untuk patuhi SOP dan tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Bagaimanapun baru-baru ini satu lagi video yang memaparkan van penerangan buat hebahan nasihat pada orang ramai mengenai pandemik yang berlaku hari ini tular di sosial media. Dalam rakaman tular itu kelihatan sebuah van memasuki perkarangan kawasan perumahan.

Screenshot at Jul 05 08-22-52

 

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kedengaran van hebahan tersebut guna lagu dangdut yang diubah liriknya untuk menasihati penduduk sekitar. Bukan main rancak lagi suara wanita dari dalam van itu menyanyi.

Berikut adalah rakaman guna lagu dangdut buat hebahan nasihat pada penduduk yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @spanar3:

 

Wow, bukan main lagi! Harapnya mesej yang ingin disampaikan diterima penduduk sekitar. Video hebahan guna lagu dangdut ini turut dimuat naik semula di Instagram Era.je dan telah meraih perhatian ramai. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian itu:

 

“Tahniah frontliner sentiasa menghiburkan”

Guna Lagu Dangdut 3

“Salute..hebat semangat frontliners kita…”

Guna Lagu Dangdut 2

“Time PKPD ni..Dengar camni pon dah terhibur”

Guna Lagu Dangdut 1

 

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *