Viral

Kasihan Frontliner, Kadang2 Terpaksa Hadap Perangai ‘Baran’ Rakyat?

Sekiranya menggalas tanggungjawab sebagai petugas barisan hadapan (frontliner), sudah pasti bertemu dengan pelbagai ragam manusia dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Lebih-lebih lagi ketika melakukan ujian calitan (swab test), proses tersebut menjadi sukar bagi segelintir individu yang takut apabila frontliner menjolok batang swab ke dalam hidung sehingga mengundang kemarahan mereka.

Situasi seperti itu boleh digambarkan melalui pasukan frontliner dipercayai di Thailand, dimana perlu berhadapan beberapa individu yang bertindak di luar jangkaan.

Swab test di Thailand!

Seorang pengguna laman Twitter, @anthraxxxx berkongsi satu video kompilasi memaparkan seorang frontliner bersungguh-sungguh ingin mencalit beberapa individu, namun semuanya mengelak bagi melakukan proses tersebut.

Menerusi video 54 saat itu, dapat dilihat seorang individu mahu memukul frontliner manakala seorang lagi pula bertindak agresif dengan membaling kerusi ke arah petugas terbabit.

Video berkenaan turut tular di Facebook dan Instagram, rata-rata memahami situasi dialami oleh frontliner selain berasa kasihan melihat pengorbanan mereka ketika melakukan kerja.

Sakit hati pulak tengok!

Kalau kat Malaysia, mesti kena kecam

Kesian petugas! Penat…

Tapi ada satu komen yang mendakwa, beberapa individu tersebut adalah pesakit dari wad psikiatri? Sebab itu mereka bertindak sedemikian. Namun, tidak diketahui pula kesahihannya.

Ada masalah kesihatan?

Namun tak kira frontliner di negara mana, memang mudah tersentuh hati melihat pengorbanan mereka. Cabaran dan keletihan dihadapi hari-hari, hanya Tuhan yang tahu!

Sumber: Twitter @anthraxxxx, Borakdaily.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.