Viral

Doktor kongsi video, luluh hati tengok situasi terkini hospital di Lembah Klang

Bimbang dengan nasib petugas barisan hadapan selain fasiliti perkhidmatan yang dilihat semakin meruncing, seorang doktor berkongsi satu video di laman Facebook memaparkan situasi terkini di sebuah hospital di Lembah Klang.

Menerusi posting dimuat naik pada 1 Julai lalu, Dr Arisman menyifatkan petugas kesihatan tidak mampu untuk memberi rawatan tahap ‘maksimum’ sekiranya kes Covid-19 terus mencatat empat angka setiap hari.

“Semua pesakit dalam video ini adalah pesakit Covid-19 ataupun pesakit dalam pemantauan (PUI). Ini dalam negara Malaysia kita sendiri. Bukan di India. Bukan di Indonesia..!
“Jumlah petugas kesihatan tidak mampu untuk memberikan rawatan maksimal lagi jika keadaan begini. Kes Covid-19 yang masih tinggi beribu-ribu per hari.
“Kes Covid-19 kritikal beratus-ratus per hari. Kes kematian dua angka per hari. Masih anggap “Covid-19 is drama?!!!”,” soalnya.

Rakaman video berdurasi seminit sembilan saat itu kelihatan Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut dipenuhi pesakit yang terlantar menerima rawatan, malah ada juga beberapa individu sedang duduk menunggu giliran untuk dirawat dipercayai akibat kekurangan katil.

“Tiada seorang pun yang mahu berada di posisi mereka begini. Tapi adakah tindakan dan perilaku kita seharian benar-benar mahu menghindar dari jangkitan ini? Tanya diri sendiri.
“Kita tidak mahu diri menjadi orang yang bakal memerlukan “oksigen terakhir” di hospital suatu masa nanti..
“Sedih melihat keadaan pesakit2 ini. Ya betul. Tapi lebih pilu dan sakit lagi jiwa ini melihat frontliner kita yang berbungkus dalam kelengkapan perlindungan diri (PPE) kepenatan dan BURNOUT setahun lebih begini,” luahnya.

Berikutan itu pada akhir catatannya, Dr Arisman berharap agar petugas kesihatan terus tabah berjuang dalam menyelamatkan nyawa pesakit serta menasihati orang ramai untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Doakan petugas kesihatan kita tetap kuat. Tabah. Sabar. Diberikan kesihatan baik untuk terus dapat memberikan rawatan.
“Kami merayu masyarakat di luar sana patuh SOP 100% dan duduklah di rumah jika tidak ada kepentingan diluar yang mendesak,” katanya.

Posting tersebut mendapat sebanyak 2,400 perkongsian dan ratusan komen warganet yang luluh hati melihat keadaan serta realiti sebenar dihadapi fasiliti kesihatan negara ketika ini.

Video asal

Sumber: Facebook Dr. Arisman, MD/Omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *