Viral

Kes Masih Tinggi, Geng Motosikal Besar ‘Selfish’ & Berlagak Konvoi Di Kuala Klawang

Umum mengetahui, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebarang aktiviti konvoi tidak dibenarkan apatah lagi merentas negeri mahupun daerah.

Bagaimanapun, baru-baru ini ada yang masih berdegil apabila 15 orang pemilik motosikal berkuasa tinggi telah ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Semenyih-Kuala Klawang, Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, operasi Sekatan Jalan raya (SJR) itu dilakukan selepas menerima maklumat terdapat kumpulan motosikal berkuasa tinggi menggunakan laluan berkenaan.

Difahamkan, kesemua penunggang lelaki berusia antara 18 dan 41 tahun itu diperiksa dan dikenakan tindakan kompaun di bawah Seksyen 16 APPPPB (Pindaan 2021).

Foto tular 15 penunggang motosikal di media sosial itu sekaligus mengundang kemarahan netizen dengan sikap pentingkan diri kesemua penunggang berkenaan apatah lagi kes Covid-19 masih tinggi.

Malah, ada yang menyindir penunggang tersebut dengan mengatakan mereka yang tiada moto besar boleh patuh dengan arahan kerajaan namun mereka tidak boleh berbuat demikian.

Sebanyak 19 saman lalu lintas atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam operasi tersebut. Kesemua penunggang motosikal itu telah dikenakan kompaun berjumlah RM75,000 iaitu RM5,000 setiap seorang atas kesalahan pengingkaran SOP.

Sumber:gulapop.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: