ISU SEMASA Viral

Ryzal Ibrahim Ajar Cara Tengok Ramen Korea Halal, Tiada Kandungan Babi.

Ryzal dan Maryam nama yang tidak asing lagi sebagai selebriti media sosial di Malaysia. Pasangan Durian Kimchi ini telah mendapat tempat di hati peminat dengan telatah mereka yang sering di kongsi kepada umum

Terkini Ryzal berkongsi mengenai info makanan kegemaran ramai orang korea iaitu ramen. Ramen juga telah banyak di jual di pasaran Malaysia namun hati-hati jika tidak punya sijil halal adakah ia boleh di makan oleh muslim?

Tersalah pilih ramen yang tidak halal  mungkin jarang terjadi di Malaysia kerana pilihan Ramen korea yang lebih diyakini seperti mee samyang namun info ini mungkin berguna sekiranya hendak travel ke Korea kerana sukar memperoleh makanan halal di sana.

Berikut perkongsian Ryzal…

Assalamualaikum, Hi semua.

Memandangkan ramai yang tanya Ryzal produk ramen Korea itu ini halal ke tidak, macam mana nak tengok bahan mengandungi “pork” biar saya explain dengan mudah.

“돼지고기” Perkataan ni bermaksud “Pork Meat”.

Tengok di belakang packaging mesti tak faham sebab semua bahasa Korea kan? Dimana pula label bahan-bahan? Kalau ada English Ingredients, lain cerita. Okay macam ni, di belakang ada satu label dalam kotak iaitu bahan-bahan (swipe left) saya dah bulatkan. Dan setiap produk Korea dalam label bahan tu ada perkataan “돼지고기”, maksudnya jangan lah beli kecuali korang non-muslim.

No photo description available.

돼지 (Dwaeji) maksudnya Khinzir
고기 (Gogi) maksudnya Daging

Manakala 쇠고기 (Sogogi) pula maksudnya Daging Lembu.

Tapi macam mana pula kalau “돼지고기” (Pork Meat) tu ada di bahagian lain, bukan dalam label bahan-bahan?
Jawapannya mudah, produk tu tiada Pork tetapi kilang yang proses produk itu juga memproses produk makanan lain yang mengandungi Pork.

Ayat tu berbunyi macam ni “Kilang ini juga memproses produk lain yang mengandungi Pork.”
Contoh mudah saya bagi kilang Arak proses air mineral. Air mineral tu boleh minum tapi terpulang pada anda semua, kalau takut duit menyumbang kesitu jadi janganlah beli.

May be an image of food and text

So boleh makan ke tak produk yang dihasilkan kilang proses Pork tu? Formula mudah, peralatan memproses di kilang tu kita tak tahu dia mix ke tidak dan bila ada was-was, tinggalkan. Kalau nak makan juga, itu tanggungjawab sendiri. Namun, bukanlah korang makan pork, cuma menyumbang keuntungan pada pengilang tidak halal itu sahaja.

Kaedah ni bukan Ramen sahaja, produk seperti Coklat, Chewing Gum, Kerepek, Sos dan banyak lagi pun boleh guna kaedah sama.
Semoga bermanfaat.

sumber : Ryzal ibrahim

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *