Viral

Mahu Elak Bermain Game, Kerajaan Perak Edar Telefon Pintar Berkualiti Rendah Buat Para Pelajar

Kerajaan Perak baru-baru ini mengumumkan pengederan 20,000 telefon pintar buat pelajar daripada keluarga B40 menerusi program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS).

Pengedaran telefon pintar ini walau bagaimanapun menjadi isu apabila model yang diedarkan sekadar dilengkapkan dengan spesifikasi yang rendah iaitu 1GB RAM, 8 GB ruang storan dan bateri berkapasiti 2,000mAh.
ezgif-2-7ec9711f3ed5

YES ALTITUDE 3 MODEL MERUPAKAN MODEL DIEDARKAN KEPADA PELAJAR. SUMBER: SOYA CINCAU

Perkara ini dibangkitkan dalam membincangkan penggunaan telefon pintar ini untuk urusan PdPR yang memerlukan pelajar memuat turun dan menggunakan beberapa aplikasi yang mungkin sukar atau lambat diproses pada model ini.

Walau bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Ahmad Saidi Mohamad Daud mengatakan beliau percaya sekiranya para pelajar mengatakan model ini tidak berkualiti atau lembab, berkemungkinan mereka menggunakannya untuk bermain gamedalam talian yang membuatkan prestasi model ini menjadi lebih lembab apabila sudah dimuat naik dengan game.

15449c07476cb2ae508f90973cbfec78

PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENGAJIAN TINGGI DAN SUMBER MANUSIA, AHMAD SAIDI MOHAMAD DAUD. SUMBER: YAHOO NEWS

Selain itu, beliau juga turut memaklumkan model ini turut dilengkapkan dengan aplikasi Frog Play yang membolehkan pelajar sekolah rendah dan menengah membuat rujukan dan menjawab kuiz subjek teras yang tersedia.

Difahamkan sebanyak 15,000 telefon pintar bakal diedarkan menerusi program fasa pertama yang dikhususkan buat pelajar yang bakal mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Untuk pengetahuan, model ini masih lagi mampu memuat turun aplikasi daripada Google namun berdasarkan ruang storan 8GB yang ditawarkan, aplikasi yang mampu dimuat turun mungkin tidak banyak dalam masa yang sama.

Sementara itu, buat ibu bapa atau para pelajar yang sedang mencari telefon pintar dalam jurang harga di bawah RM400, Samsung Galaxy A02 yang dilengkapkan dengan 3GB RAM dan 32GB ruang storan berharga RM399atau Xiaomi Redmi 9a dengan spesifikasi 2GB RAM dan 32GB ruang storan berharga RM329 antara yang dicadangkan.

Tular pada minggu ini apabila seorang anak sanggup menjual motosikal bapanya demi membeli tiket penerbangan berjumpa kekasih yang dikenalinya menerusi game dalam talian.

sumber:thevocket

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.