Viral

[VIDEO] Ibu Sebakk Lihat Anak Main Sendirian di Pusat Kuarantin MAEPS

Negara masih melaksanakan lockdown setelah kes jangkitan pandemik mencatatkan jumlah jangkitan harian yang sangat membimbangkan.

Kes jangkitan harian yang mencecah lebih 5000 hampir setiap hari ketika ini menyebabkan petugas kesihatan juga berdepan cabaran yang hebat.

Ini kerana setiap hari ada sahaja pesakit yang disahkan positif akan mendaftarkan diri untuk menjalani kuarantin dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Pemantauan itu penting kerana pesakit yang positif perlu dipantau oleh petugas kesihatan untuk memeriksa keadaan mereka setiap hari.

Tidak mengenal usia, saban hari ada sahaja pesakit yang disahkan positif termasuk warga emas dan juga kanak-kanak.

Kanak-kanak juga tidak terlepas untuk menjalani kuarantin dan diasingkan seperti orang dewasa bagi memutuskan jangkitan wabak.

Anak kecil ini perlu menjalani kuarantin seperti orang dewasa

Begitu juga dengan nasib yang menimpa adik kecil ini apabila dia dan ayahnya telah disahkan positif.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi TikTok oleh ibunya, kisah anak kecil ini telah mendapat perhatian ramai.

Sedih lihat suami dan anak menaiki ambulans

Sebagai ibu, pastinya gusar dan bimbang apabila anaknya disahkan positif. Tambahan pula anak yang biasanya berada di depan mata terpaksa berpisah buat sementara waktu.

Ibu ini tidak dapat menahan air mata melihat anak dan suaminya menaiki ambulans untuk ke pusat kuarantin.

Ibu nangis teruk lepas korang pergi

“Sape kata ibu tak sedih, ibu nangis teruk lepas korang pergi. Haha malu nanti jiran nampak.”

Dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan si cilik bernama Iman ini dilihat ceria bermain sendirian di katilnya.

Bermain sendirian di atas katil 

Mungkin kerana tidak ramai kanak-kanak seusia dengannya di sana, Iman dilihat bermain sendirian di atas katil.

Meskipun suami dan anaknya itu kelihatan ceria dan sihat disana, namun menurut suaminya Iman sering mengadu mahu pulang ke rumah.

Iman menangis ketika video call

Apa yang menyedihkan, ketika Iman dan adiknya yang berada di rumah bersama ibu membuat video call, Iman dan adiknya akan menangis merindui satu sama lain.

“Doa ibu selalu bersama iman dan ayah, baik-baik je ye di Maeps tu.”

Semua adik Iman segera pulang ke pangkuan ibu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat kanak-kanak sekecil Iman telah disahkan positif pandemik.

Mereka turut sebak melihat anak ini merindui ibu serta adiknya yang berada di rumah menunggunya pulang.

 

500,000 tontonan setakat ini

Netizen turut mendoakan agar adik Iman dan ayahnya cepat sembuh dan kembali semula ke pangkuan keluarga.

 

Perkongsian yang dimuat naik oleh wanita tersebut mengenai anak kecilnya itu telah mendapat perhatian ramai dan video tersebut telah meraih lebih dari 500,000 tontonan setakat ini.

sumber: yoy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *