Viral

Belum Habis Isu Buat Bodoh Bodoh, Penyokong Dr. Muhaya & Amalina Bertelagah Di Sosial Media

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad apabila satu perkongsiannya berkaitan isu ‘kenapa wanita lambat dapat jodoh’ mengundang kecaman netizen.

Bagaimanapun, isu tersebut sudah pun reda selepas Prof Muhaya memohon maaf secara terbuka menerusi media sosial malam tadi serta memberi penjelasan mengenai kenyataannya itu.

Nampaknya, isu itu masih tiada kesudahan lagi apabila Instagram Dr Amalina Che Bakri diserang oleh penyokong Prof Muhaya yang menghantar mesej secara peribadi kurang menyenangkan terhadap Dr Amalina.

 

Ia berikutan Dr Amalina meluahkan pendapatnya mengenai isu ‘buat bodoh-bodoh’ itu serta kesal dengan kenyataan Prof Muhaya yang disifatkan seolah merendahkan wanita

Menerusi perkongsian di Twitter, Dr Amalina memohon netizen untuk melaporkan akaun-akaun Instagram tersebut. Dr Amalina turut memuat naik paparan mesej yang dihantar oleh individu-individu tersebut.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mempertahankan Dr Amalina serta menyifatkan mesej yang dihantar oleh individu tersebut sangat melampau lebih-lebih lagi ada yang mengatakan Amalina bukan rakyat Malaysia tidak patut masuk campur dalam hal tersebut.

Sumber:gulapop

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *