ISU SEMASA Viral

Isu ‘buat bodoh-bodoh’ Prof Dr Muhaya Mohon Maaf Secara Terbuka

KUALA LUMPUR: Pakar motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad memohon maaf atas salah faham susulan kenyataan “wanita kena jadi bodoh-bodoh sikit” dalam satu klip video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Tegas Dr Muhaya, sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang bekerjaya, beliau sentiasa mendukung, mendoakan semua wanita berjaya ke puncak tertinggi dan berbahagia dunia akhirat.

“Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda,” katanya dalam satu entri terbaharu di laman Facebooknya pada Khamis.

Jelasnya, hantaran klip 56 saat tersebut adalah petikan dari Live Facebook Prof Muhaya dan Youtube Prof Muhaya TV berdurasi 45 minit yang diterbitkan pada 6 Feb 2021 jam 6 petang bertajuk “Antara Cinta dan Cita-Cita”.

“Siaran live Bonda tersebut adalah sebenarnya bagi menjawab persoalan KK Talib dan komen-komen dari FB, berkaitan wanita yang dalam dilema, antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga.

 

May be an image of text that says 'Sebenarnya buat yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, semua jawapan terkandung di video youtube Prof Muhaya TV bertajuk CINTA & CITA-CITA 7AM CLUB'

May be an image of text that says 'Bonda juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya dan semestinya sentiasa mendukung, mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat redha Allah. 7AM CLUB'

“Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perb4lahan dan sangk4an,” ujarnya lagi.

Justeru, atas salah faham itu kata Dr Muhaya, beliau menghadiahkan nota ringkas live Cinta dan Cita-cita di Youtube sebagai rujukan segalan persoalan yang timbul.

Sumber:astroawani/majalah-harian

 

 

“saya yang berbangsa Cina ini pun faham maksud ‘buat b0do-b0do’”. Pendakwah Bebas Terkanal Firdaus Wong

Terdahulu, sepotong video dari akaun media sosial Prof Muhaya yang mengulas mengenai punca wanita lambat dapat jodoh tular di Twitter dan mendapat pelbagai reaksi ramai. Baiklah ramai sangat yang menolak saranan Dr Muhaya, pertama beliau berkias atas seorang pakar motivasi, buat2 b0doh ialah seorang yang bijak, pertama meredakan jarak eg0 seseorang, kedua menghormati peribadi orang lain dan yang ketiga belajar merendah diri.

ia bukan b0doh , pemahaman bahasa Jiwa dan pemikiran teori zahir tidak akan pernah sama, jadi sesuatu ayat lihatlah dari mulut siapa ianya lahir, seorang doktor perubatan tidak akan mampu menterjemahkan ayat puisi begitu juga pakar motivasi tidak akan mampu menentukan jenis ubat pesakit , CUMA satu kemungkinan akan keduanya berada pada tahap sama dan tujuan yang sama iaitu merawat orang yang sakit j!wa/kemurungan.

” Dia tak berapa faham bahasa melayu kot. “B0doh & b0doh-b0doh” Contoh lain; G!la & g!la-g!la. Kan lain maksudnya tu. Biasalah bahasa orang2 lama. Suka kiasan.  Dalam pada itu, pendakwah bebas terkanal Bro Firdaus Wong tampil mengulas isu yang sama. Beliau menegur sikap orang Islam dalam mengkritik sesuatu perkara dengan beradab

“Boleh tidak bersetuju tetapi di manakah adab & akhlak kita dengan orang lebih tua? Saya ada perkara kurang setuju dengan orang lain begitu juga orang lain ada yang tidak bersetuju dengan kita tetapi adab mesti jaga.” Bila saya tengok video itu, saya yang berbangsa Cina ini pun faham maksud ‘buat bodo-bodo’ takkan yang lain tak faham?

Bab testosteron, biar pakar menjawab. Isu garpu tala, kami akan ulas nanti.”Apa lagi perkataan atau ungkapan yang seringkali orang salah faham selain ‘buat bodo-bodo’?” Firdaus juga ada berkongsi kisah Mee B0doh yang agak popular di Melaka

Mee Bod0h

” Di Melaka, ada satu gerai yang menjual mee goreng b0doh. WHAT??? Mee goreng b0doh? Takde ke nama lain?” Ya memang namanya Mee B0doh yang dijual di gerai Pak Hassan. Cara masaknya simple sahaja, mee, kicap, sambal & taugeh, bereh boh. Harganya pun murah. Nak Topup telur goreng pun boleh”

“Yang masak & jual tak bodoh kerana mee bodoh laku keras. Yang datang makan pula tak terus jadi b0doh kerana ada je peguam, doktor, jurutera, businessman dan pendakwah yang makan”.Anda pernah rasa Mee B0doh ini atau ada makanan lain yang namanya unik dan sedap?” soal Firdaus Wong

sumber: hmetro, Firdaus Wong, majalah-harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.