ISU SEMASA Viral

1.57 juta pekerja dibenarkan bekerja. Ramai yang tak puas hati bila Azmin Ali berikan kebenaran untuk syarikat beroperasi sampai ada yang suruh letak jawatan.

Sejak semalam lagi, isu melibatkan Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri, Dato’ Seri Azmin Ali dan kementeriannya dalam memberikan kebenaran untuk sebilangan syarikat beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dilaksanakan telah mendapat kritikan hebat warganet.

Meskipun Azmin dalam satu kenyataan berkata hanya 20% iaitu melibatkan 128,150 syarikat dengan 1.57 juta pekerja yang dibenarkan beroperasi daripada 586,308 syarikat yang berdaftar dengan CIMS 3.0 (sejak 7.30 pagi semalam), masih ramai juga yang tidak puas hati.

Susulan itu, menurut BFM, warganet telah mewujudkan hashtag #AzminLetakJawatanyang kini trending di Twitter sebagai tanda protes kepada menteri tersebut.

Dalam pada itu juga, warganet dikatakan telah membuat petisyen untuk menteri tersebut meletak jawatan yang setakat ini telah mendapat hampir 100,000 tandatangan (ketika artikel ini ditulis).

“8,000 kes sehari masih benar buka syarikat?”

Antara perkara yang diluahkan warganet termasuklah rasa kecewa rakyat tentang ‘total lockdown’ yang diadakan kerajaan ini tidak akan mencapai matlamatnya jika masih banyak syarikat beroperasi dalam tempoh ini.
Dalam pada itu ada juga yang berpendapat banyak syarikat menggunakan CIMS 3.0 untuk mendapatkan kelulusan beroperasi meskipun syarikat tersebut tergolong dalam non essential.

Dalam pada itu, semalam, Azmin juga ada menjelaskan bahawa MITI bukanlah satu-satunya kementerian yang menentukan industri mana yang dibenarkan beroperasi atau tidak. menggunakan platform CIMS 3.0 untuk memudahkan penilaian permohonan daripada kementerian-kementerian tersebut. Uish makin panas isu ini. Harap kementerian yang terbabit dapatlah selesaikannya dengan baik untuk mengelakkan rasa tidak puas hati rakyat lagi.

Ramai yang kaitkan gambar Ismail Sabri tutup pintu sebab dia. Tak boleh berdiam sekali ini respon Menteri Miti buat ramai yang terkedu.

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta rakyat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung hantaran dibuat Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di media sosial.

Mohamed Azmin menegaskan, sebagai satu pasukan, beliau bersama jemaah menteri lain sentiasa memberi kerjasama dan sokongan dalam memastikan penularan Covid 19 dapat ditangangi bersama.

“Siapa yang buat spekulasi? Jangan buat spekulasi. “Datuk Seri Ismail Sabri antara ahli jemaah menteri yang telah diberi peranan penting dalam menangani dan menguruskan masalah Covid 19 sejak awal negara kita dilanda pandemik ini.

“Kita ada dua jurucakap, pertama Ismail Sabri untuk isu keselamatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah untuk isu kesihatan. “Ia berjalan dengan baik dan sebagai ahli jemaah menteri,

kita memberikan dokongan yang cukup kuat kepada mereka berdua kerana mereka menggalas tanggungjawab yang besar dalam menangani dan memerangi C0vid 19,” katanya dalam Taklimat Media Mengenai C0vid 19 Inte.lligent Mana.gement S.ystem (CIMS) 3.0 di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hantaran dibuat Ismail yang telah menimbulkan spek.ulasi dan keresahan rakyat. Respons itu sekali gus menggambarkan tiada timbul i.su berlaku pertela.gahan antara dua pemimpin kanan kerajaan itu.

Pada Rabu, Ismail Sabri hanya menulis “saya dah tutup pintu depan tapi…”, selain disertakan dengan emoji s.edih di akhir catatan berkenaan. Meskipun hantaran tersebut tidak merujuk kepada sesiapa atau menyebut mana-mana keadaan, ia telah mengundang sp.ekulasi

kononnya mempunyai kaitan dengan kebenaran operasi diberikan kepada sebahagian besar perkhidmatan perlu dalam sektor perkilangan, meskipun negara kini sedang dalam pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (t.otal lock.down).

Mengulas lanjut, Azmin menegaskan, sebagai satu pasukan kesemua menteri mengambil keputusan secara kolektif. “Kami sebagai satu pasukan kita selalu mengambil keputusan secara kolektif…kita juga sentiasa ada dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mesyuarat-mesyuarat lain.

“Ini prinsip yang saya pegang dan saya juga yakin rakan jemaah menteri akan terus berikan dokongan dalam memastikan semua jemaah menteri dapat mainkan peranan secara e.fektif,” katanya.

Kredit : Sinar

Ada pula yang berkata menteri menteri berbalah sampai lakukan macam ni gara gara MITI beri sebanyak syarikat ini beroperasi. Rupanya ramai masih belum berpuas hati.

Selepas perintah kawalan pergerakan penuh (total lockdown) dikuatkuasakan bermula Selasa lepas, ramai pihak telah menyatakan rasa tak puas hati selepas masih banyak kilang-kilang yang dibenarkan beroperasi sepenuhnya.

Menurut sumber, telah berlakunya perbalahan panas melibatkan beberapa menteri baru-baru ini selepas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah membenarkan lebih kurang 95,000 syarikat beroperasi, lapor FMT.

Dikatakan, perbalahan tersebut berlaku pada awal minggu ini selepas beberapa menteri tak berpuas hati kerana MITI benarkan banyak syarikat beroperasi walaupun sebelum ini dah bersetuju untuk melaksanakan sekatan penuh.

Sebelum ini, kebanyakan menteri bersetuju dengan pelaksanaan sekatan penuh tetapi berita 95,000 syarikat mendapat persetujuan MITI untuk beroperasi menimbulkan bantahan, dan pertengkaran tercetus.”

Kilang ‘titik panas’ jangk1tan c0vld-19

Kata sumber ini lagi, ramai menteri bimbang jika total lockdown tak dibuat dengan sebaiknya, wab4k c0vld-19 tak dapat dibendung dan pelaksanaan SOP jadi lebih mencabar. Namun, kebimbangan utama adalah kebenaran diberikan untuk begitu banyak kilang meneruskan operasi walaupun hakikatnya, kilang-kilang ini adalah ‘titik panas’ untuk jangk1tan c0vld-19.”

Sumber:kesahbena

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dank  etanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah    G ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.